Jumaat, Februari 01, 2013


Melihat dari perwatakannya yang ceria dan bersifat open minded kita tidak akan sangka beliau merupakan seorang yang sangat berdikari dan mampu hidup sendiri.

Masih lagi solo, Siti Saleha yang sebelum ini popular menerusi drama Nora Elena tampil buat pertama kalinya di layar perak untuk filem Kerat 14.

Berpuas hati dengan filem pertamanya, Siti Saleha memberitahu walaupun tampak senang dia sebenarnya mengalami kesukaran untuk melakonkan watak sebagai Zara dan harus melakukan adegan mesra bersama pelakon baru, Ali Arami.

“Ada scene ‘mesra’ yang mana saya terpaksa berlakon seperti hendak bercium, untuk melakukan babak tersebut terpaksa mengambil beberapa kali shot kerana banyak sudut yang dimahukan pengarah. Saya sebagai pelakon hanya menjalankan tugas”

Ujar Siti Saleha lagi, ketika tayangan media bapanya turut sama hadir memberi sokongan dan apabila ditanya mengenai respon bapanya itu dia memberitahu bahawa dari awal hinggalah sekarang dia berada di belakang dan sentiasa memberi semangat positif dan dia anggap itu antara tugas yang perlu dilunaskan untuk menjadi pelakon yang versatil.

“Ketika bapa melihat babak itu saya berasa agak malu dan menyuruh dia menutup mata, tapi saya tahu dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon, asalkan tidak berlebihan”

Apa-apa pun, kejelitaan dan kelembutan Siti Saleha ketika berhadapan dengan peminatnya amatlah mesra dan kami yakin suatu hari nanti beliau pasti mampu menjadi pelakon yang disegani. Tahniah Siti Saleha! - baca seterusnya...
Categories:

1 ulasan:

  1. salam SH... blog SH dh lama I4TT link kan antara yg terawal... mohon link semula ye. tq..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping