Jumaat, Februari 01, 2013


BATU PAHAT 31 Jan. - Empat lelaki warga Vietnam yang bertindak seperti "Spiderman" memanjat bangunan kilang dan pejabat untuk merompak diberkas polis minggu lalu.

Kesemua empat suspek ditahan bersama seorang rakan wanita senegara yang bersubahat sebagai pemerhati dan menjalankan kegiatan jenayah itu di sekitar Yong Peng sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditahan pukul 3.40 pagi minggu lalu ketika memanjat bangunan sebuah kilang di pekan Yong Peng.

“Penjenayah terbabit hanya menggunakan pemutar skru sebagai alat untuk mengumpil bumbung sebelum melarikan pelbagai barangan elektronik termasuk dokumen yang disangka mereka penting.

“Hasil tangkapan polis menemukan satu dompet kulit berisi wang RM500, beg mengandungi 43 biji bateri telefon bimbit, tujuh utas jam tangan pelbagai jenama dan sebuah komputer riba," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah hari ini.


Ps: Huh! Buat malu je pada jenama 'Spiderman'. Biasanya 'Spiderman' ni menghentikan jenayah. Yang ini, dia pulak buat jenayah. Macam haram!!! - baca seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping