Isnin, Februari 04, 2013

MENJADI artis yang penuh sensasi dan kontroversi seperti Tasha Shilla tentu sekali bukan satu perkara yang mudah. Bahkan tak semua artis mahu keadaan seperti itu berlaku meski akan mendapat publisiti meluas selain peluang lakonan yang melimpah-limpah.

Perlu diingat, sekali 'bermewah' dengan kontroversi, ia harus dibayar dengan kekuatan emosi. Artis terbabit juga perlu bijak menepis dan menangkis pertanyaan yang menerpa dari pelbagai arah.

Itu yang dikutip dan dipelajari oleh Tasha sepanjang tahun pertama dia meredah jalan sebagai seorang pelakon. 

Kebetulan, tahun lepas, begitu banyak kontroversi terpalit pada dirinya. Dari cerita bersosial di kelab malam sehinggalah isu ditaja orang kenamaan, boleh dikatakan Tasha memang layak bergelar artis paling popular untuk tahun 2012.

Bayangkan, betapa banyaknya kontroversi yang melingkari diri Tasha, sehingga sampai satu tahap, orang sudah mula muak dengannya.

Tutup buku lama yang sarat cerita hangat, tahun ini menyaksikan satu sisi berlainan pada diri anak kelahiran Ampang, Selangor ini.

Ramai yang berpendapat, kehebatan Tasha cuma terukir pada tahun lalu sahaja. Untuk tahun 2013 perkara sebaliknya berlaku.

Tasha dianggap sudah mula melalui zaman kejatuhan apabila dia tidak lagi mendapat perhatian keterlaluan sebagaimana yang diterima sebelum ini.

Bisik-bisik sinis menerjah ruang atmosfera dunia gosip apabila situasi ini dikaitkan dengan diri Tasha yang tidak lagi ditaja orang kenamaan.

Menganggap itu sekadar usikan, Tasha menjawab tenang pertanyaan Pancaindera berhubung isu popularitinya yang semakin sendu.

"Biasalah, Tuhan mahu uji. Ada masa manusia berada di atas, ada masa dibawah. Benda-benda macam ni normal. Bukan terjadi dalam dunia artis sahaja. 

"Dalam kehidupan orang lain juga begitu. Saya faham benar, bila ujian datang, ia sebenarnya nak duga sejauh mana kematangan kita.

"Saya akui, tahun lepas banyak kontroversi melanda diri saya dan menyebabkan saya menerima publisiti yang meluas. Lagipun ia tahun pertama saya dalam industri hiburan, lumrah artis, memang akan terkena," katanya.

Saya gembira beginiTidak kisah dikatakan populariti sudah mula menunjukkan simptom merudum, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Gemilang ini bagaimanapun mengaku keadaan dan situasi ini benar-benar membahagiakan dirinya.

Kata Tasha, dia merasa selesa dengan keadaan ini kerana ini membuatkan dirinya berasa lebih tenang tanpa diasak dengan pertanyaan yang bukan-bukan yang entahkan betul entahkan tidak.

Baginya, asalkan rezekinya tidak putus dan selagi dia masih ada kudrat untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon, Tasha tidak mahu terus memikirkan soal kontroversi mahupun tanggapan negatif orang kepadanya. - seterusnya...
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping