Selepas sebuah agensi asing melaporkan tentang Anwar Ibrahim sebagai dalang serangan lanun-lanun Sulu ke Lahad Datu pada 1 Mac 2013, maka bermulalah operasi Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada insiden di Lahad Datu itu.
Anwar Ibrahim dan konco-konconya cuba menggambarkan kononnya UMNO dan Barisan Nasional sudah terlalu FOBIA dengan nama serta kelibatnya, sehinggakan apa-apa sahaja yang berlaku dalam negara, semuanya diatasnamakan ANWAR IBRAHIM.
Namun, pokok takkan bergoyang kalau tidak ada tangan yang menggoncangnya. Sama seperti lagu yang didendangkan oleh Anwar Ibrahim, ‘TANYA SAMA POKOK’. Apabila diselidiki dan diperhalusi, ‘POKOK’ pun menjawab, Anwar adalah dalangnya yang sebenar.
Usaha para konco dan penjilat untuk mengalihkan serta memutarbelitkan isu berhubung pembabitan Anwar Ibrahim dalam kes pencerobohan dan kejahatan lanun Sulu yang diketuai oleh Nur Misuari dan Jamalul Kiram III, tidak lagi DIRESTUI ALLAH TAALA.
Bahkan rahsia itu lebih cepat bocor dan bobos sehinggakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terpaksa menggunakan kaedah keji dengan menjadikan PAPAGOMO sebagai bahan sasaran dengan klip video seks sejenis melibatkan Anwar Ibrahim.
Harapannya agak mudah iaitu video seks sejenis tersebut diharapkan mampu menarik perhatian orang ramai dan orang ramai akan dibajai dengan pemikiran, kononnya klip video tersebut adalah satu lagi cubaan untuk memalukan Anwar Ibrahim.
Rafizi Ramli menjangkakan isu klip video seks sejenis akan diperdebatkan dengan sehebat-hebatnya sehingga isu Lahad Datu boleh dilupakan begitu sahaja.
Gagal! Itu yang boleh diperkatakan tentang taktik pengalihan isu terbaru oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan Rafizi Ramli.
Sebaliknya cerita sebenar dan kronologi kaitan antara Anwar Ibrahim dengan lanun-lanun Sulu tersebut, mulai timbul di permukaan dan terdedah perlahan-lahan dan semakin jelas.
Sekaligus menunjukkan perlunya mewujudkan sebuah SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA berhubung pembabitan Anwar dan Pakatan Rakyat dalam serangan lanun ke atas wilayah Malaysia.
Ps: Lari la naik Roket sampai ke Bulan sekali pun. Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu la jugak. Tak payah la Si Rafizi Lembu tu nak susah - susah jadi Jaga Bontot Si Ketua Penipu tu. Rakyat takkan percaya der!!!
Dah bosan dengan cerita yang sama mana-mana blog asyik menceritakan siapa dalang pencerobohan di Lahat Datu Sabah. Bukti dikatakan bermacam-macam tapi apa tindakan seterusnya oleh KDN? Takut bertindak ke? Atau bukti hanya dongeng kosong? macam Anuar kata dulu berkotak-kotak suatu ketika dulu?
BalasPadamApakah sampai negara kucar kacir baru nak bertindak?
Sekarang ini boleh dikatakan peratus rakyat lebih mempercayai BN/UMNO tapi tidak hairan jika suatu masa kelak rakyat akan berpaling tadah disebabkan ketandusan idea Bloger yang asyik dan terlampau asyik memburuk-burukkan pihak lawan iaitu PR berlebih-lebihan terutama kepada Anuar Ibrahim.
Rakyat semakin tidak selesa dan rasa tidak aman terutama rakyat Sabah dan Sarawak.