Jumaat, Mac 22, 2013


Hadus!!! Kantoi la pulak Bang Min ni. SH beria - ia sangat la tak nak libatkan dia dalam konflik yang melanda Kak Wan Omega tu. Sekali, ada jugak yang pecah lobang.

Jadi, Bang Min jangan marah la pada SH ye. Memang ini semua salah Bang Min sendiri. Bang Min yang tak reti nak jaga anak buah. Tu pasal ada orang pecah lobang.

Tapi, apa nak heran dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni ye tak. Diorang ni masing - masing memang Gila Kuasa belaka. Tu pasal tak boleh bagi diorang memerintah.

Belum pun diorang memerintah, dah macam - macam hal yang diorang buat. Masalah dalaman parti sendiri pun tak boleh nak selesai. Macam mana nak selesaikan masalah Negara kelak? Memang alamat, jahanam la jawabnya!!!
Bekas pengasas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendakwa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kini dalam kepanasan ekoran isu yang melibatkan Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam.


Lum Yong berkata, beliau difahamkan keadaan itu berlaku disebabkan tekanan hebat yang dilakukan oleh para penyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terhadap Azmin

Selain itu, beliau turut mendapat maklumat awal yang Azmin akan menyalahkan UMNO dalam usahanya melepaskan diri daripada terus menerima tekanan politik di dalam PKR. 
Berikut kenyataan penuh Lum Yong;

1. Kita difahamkan bahawa Azmin Ali dalam kepanasan sebab penyokong-penyokong Wan Azizah memberi tekanan hebat kepada beliau berikutan episod Fareez Kamal. 
Kita dapat maklumat awal bahawa Azmin akan menyalahkan UMNO untuk lepas tengkuk sendiri daripada terus menerima tekanan politik dalam PKR. Jika benar maka ia merupakan satu tindakan yang dayus.

2. Semua orang tahu siapakah yang akan untung daripada tindakan Fareez Kamal. Fareez merupakan penyokong tegar Azmin yang bekerja sebagai Setiausaha Politik kepada Zuraida. Azmin Ali yang menyuruh Zuraida ambil Fareez bekerja.

3. Tidak mungkin Fareez Kamal berani menulis surat kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas jika beliau tidak dijanjikan perlindungan politik daripada pihak tertentu. 

Dengar kata Fareez diberi jaminan bahawa beliau tidak akan dipecat daripada PKR atas tindakan memperlekehkan Wan Azizah. 

Tindakan Fareez adalah untuk membuktikan kepada semua ahli parti PKR bahawa Wan Azizah seorang pemimpin yang lemah dan lesu.

4. Pihak PKR sudah pasti akan menyalahkan UMNO sebab mereka terpaksa mengalihkan perhatian ramai daripada masalah pergelutan kuasa dalam parti. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping