Bila bercerita semula mengenai kematian Si Bala PI ni, teringat pulak dengan dakwaan yang pernah dibuat oleh Si Ketua Penipu tu dulu sewaktu Reformasi.
Kami yang berada dijalanan seolah - olah terpukau dengan dakwaan yang telah dibuat dan disebarkan kepada orang lain melalui khabar - khabar angin.
Walaupun tanpa bukti yang sah dan kukuh, berita seumpama itu menyerap masuk ke dalam sanubari sehingga membuatkan kami benar - benar percaya.
Apa sahaja yang diorang cerita pada ketika itu, semuanya kami percaya bulat - bulat. Malah kisah Tun Mahathir ada kuil Hindu dalam rumah pun kami percaya.
Namun, Kebenaran terserlah hari demi hari. Semua khabar angin yang disebarkan sebelum ini ternyata tidak benar sama sekali. Semuanya Tipu Helah Si Ketua Penipu tu.
Dan kesedaran itulah yang membuatkan kami mula hilang kepercayaan kepada Si Ketua Penipu tu secara Total. Malah didalam PAS sendiri pun masih wujud ragu - ragu.
'Apabila timbul rasa syak, adalah lebih baik kita meninggalkan perbuatan tersebut'. Itu pesan seorang Ustaz yang sering memberi tarbiah kepada kami.
Disebabkan rasa syak itulah SH angkat kaki dari menjadi penyokong puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Tambahan pulak, mereka kini menyokong Si Ketua Penipu tu.
Mana tidaknya. Si Ketua Penipu tu pernah mendakwa bahawa dia pernah disuntik dengan racun Arsenik sewaktu berada didalam penjara.
Dakwaan tu hanya untuk membuktikan bahawa konon - kononnya Kerajaan Malaysia ni kejam dan brutal sampai disuntik dengan racun pembunuh!!!
Tapi, sampai ke hari ini, Si Ketua Penipu tu masih tak mati - mati lagi. Sihat wal-afiat je nampak gayanya. Masih semakin 'aktif' dipentas Politik dan di'pentas' lain.
Jadi, nak heran apa kalau kita dengar pulak khabar angin yang diorang bawa dengan mengatakan bahawa Si Bala PI tu kena sihir dengan orang.
Kata Chegubard, kematian Bala adalah kerana terkena sihir!”Ada kawan-kawan sebut, ini angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Balasubramaniam) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta,” katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, KeadilanDaily.com.
Walaupun benda tu tak masuk akal, tapi itu jugak la habuan yang diorang hidangkan kepada kita. Soalnya sekarang, adakah kita nak percaya dengan apa yang diorang katakan tu?
Tanpa bukti yang kukuh, sesiapa saja boleh cakap ikut selera mereka. Mereka boleh cakap yang Si Bala PI tu mati sebab kena suntik dengan racun Arsenik.
Tapi, sebab itu taktik lama, diorang dah tak boleh nak 'kitar semula'. Jadi, biar la bagi khabar angin yang lansung tak masuk akal kepada rakyat. Sebab diorang ingat rakyat Malaysia ni macam diorang gamaknya. Bodoh tahap nak mampus!!!
disihir?? alah..membazir bayar tok moh je..drp sihir si bala tu baik lah sihir si babi..lg berfaedah
BalasPadam