Selasa, Mac 26, 2013


Nah!!! Artikel ni untuk kita sama - sama fikirkan sedalam - dalamnya. Adakah ini jenis manusia yang nak dijadikan sebagai wakil rakyat dimasa akan datang?

Bila tuntutan dia GAGAL, injuksi ditolak oleh pihak mahkamah kerana GAGAL memberikan bukti yang kukuh, diugutnya pulak nak bakar kilang.

Bila ramai orang marah pasal isu bakar kilang Lynas tu, Si Wong Tak ni mula menggelabah tak tentu arah dan bagi alasan yang bukan - bukan.

Mula - mula dia kata, kenyataan 'Bakar Kilang' tu hanya satu kiasan atau satu bentuk simbolik. Wah! Senangnya dia cakap ye. Boleh pulak jadi bahan simbolik.

Kalau MB Pahang kata nak 'kerat telinga dan terjun sungai Pahang', tak pulak dianggap sebagai satu bentuk pernyataan simbolik? Dia ambik bulat - bulat.

Lepas tu, bila ianya dijadikan isu besar dikalangan Pakatan Pembangkang dan dibalun secara terang - terangan oleh pemimpin mereka, Si Wong Tak ni mula goyang.

Dia ubah pulak kenyataan dia dengan meminta maaf. Tapi, permohonan maaf dia tu dah terlambat sebab dah banyak NGO yang ambik tindakan termasuk la Lynas sendiri.

Sekarang, baru la dia tau makna peribahasa 'Kerana Mulut, Badan Binasa'. Belum pun dia jejak kaki untuk calon Pilihan Raya, dah tak pasal - pasal kena hadap ke mahkamah pulak. Lain kali, bercakap guna otak, bukan Kepala Lutut!!!
KUANTAN: Kertas siasatan terhadap Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang mengancam untuk membakar kilang Lynas Malaysia di Gebeng dekat sini, telah lengkap sepenuhnya.

Timbalan Ketua Polis Pahang SAC Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata kertas siasatan yang lengkap itu juga telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pahang dan difahamkan kini berada di Putrajaya.

"Setakat ini kita sedang menunggu keputusan daripada pihak berkenaan untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 di sini hari ini.

Beliau berkata ancaman Wong Tack itu dilihat serius dan atas sebab itu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan tetap berjalan biarpun sebelum ini beliau telah memohon maaf.

Pada 4 Feb lepas, akhbar berbahasa Cina dan beberapa portal berita melaporkan Wong Tack mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan untuk membakar kilang nadir bumi itu sekiranya tidak ditutup selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Namun pada 7 Feb, pengerusi pertubuhan bukan kerajaan yang didalangi pembangkang itu dilaporkan memohon maaf atas ugutan itu dalam satu ceramah anjuran pembangkang.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping