Jumaat, Mac 01, 2013



Polemik kalimah ALLAH dalam kalangan anggota Pas akan reda jika pemimpin tertingginya membuat kenyataan terbuka mentaati keputusan Majlis Syura dan menarik balik persetujuan yang ditandatanganinya bersama pemimpin pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu.

Namun sehingga kini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih membisu mengenai kedudukan Pas dalam dokumen itu yang rancak dijaja pemimpin sekutu Pas dalam pakatan, menerusi ceramah mereka di seluruh negara.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Ketereh, Kelantan malam Selasa lepas, mendedahkan dokumen kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain ditandatangani Abdul Hadi sendiri.

Jelas, pemimpin pembangkang itu tidak menghormati dasar Pas yang diputus Majlis Syura Ulama parti berkenaan pada 13 Januari lepas, bahawa kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Pemimpin sekutu Pas juga jelas tidak menghormati pemimpin parti itu seperti  Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presidan parti, Mohamad Sabu yang membuat kenyataan pusingan-U akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama, walaupun sebelum itu menyokong gesaan DAP agar kalimah ALLAH diguna dalam Bible berbahasa Melayu.

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh antara pemimpin sekutu Pas terawal membantah keputusan Majlis Syura Ulama itu yang disifatkannya tidak mewakili suara majoriti Pas dan mahu Abdul Hadi mendesak badan berkenaan mengkaji semula keputusan mereka.

Hakikatnya Majlis Syura Ulama merupakan badan penentu dasar Pas, justeru timbul persoalan sejauh mana pemimpin sekutu Pas menghormati parti itu dan mengapa Abdul Hadi masih enggan membuat kenyataan terbuka menarik balik dokumen yang ditandatanganinya bersama Anwar dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pada 8 Januari itu?

Apakah bagi Abdul Hadi tarikan menawan Putrajaya dengan kerjasama sekutu itu lebih penting daripada agenda parti memperjuangkan Islam? Bagaimana pula dengan saranan anggota akar umbi Pas yang mahu pemimpin mereka menghentikan kerjasama dengan PKR dan DAP, jika Pas benar-benar mahu menjaga kesucian Islam?

Jelas sekali keputusan Majlis Syura Ulama itu selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-82 yang bersidang pada Mei 2008, bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.

Mengulas polemik itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pas sepatutnya menjelaskan kepada rakan pakatannya dan umum bahawa pendirian parti itu mengikut apa yang diputuskan Majlis Syura.

"Takkan ada dua pendirian dalam Pas? Majlis Syura adalah badan tertinggi dalam parti yang memutuskan mengenai polisi dan dasar parti, sudah tentu keputusan Majlis Syura yang terpakai dan dokumen 8 Januari itu menjadi tidak sah.

"Pas patut jelaskan perkara itu supaya tidak timbul kekeliruan atau adakah Pas merasakan parti lebih tinggi daripada Majlis Syura? Kenapa mesti wujudkan satu keadaan yang kabur?" katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, apabila tiada sebarang penjelasan, keadaan itu memungkinkan pihak-pihak tertentu mengambil keuntungan politik daripada isu tersebut.

"Pas mesti buat pendirian bahawa dokumen yang ditandatangani Presidennya 8 Januari lepas tidak sah dan keputusan Majlis Syura adalah terpakai. 

Pas mempamerkan sikap paradoks supaya pengundi keliru dengan sikap mereka... ini taktik untuk tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas kesilapan mereka," katanya.

Ps: Perkataan 'Tanggungjawab' tu hanay perkataan biasa je. Ianya tak boleh nak dijadikan pegangan!!! Setakat bercakap je buat apa, mengabihkan masa je!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Salam tuan otai.. Mohon jasa baik masukkan blog saya dlm pautan blog. TQ

    www.budakconan.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan, Blog SH pun sy dah pautkan. TQ :)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping