Hehehe... Kebenaran terserlah jua akhirnya. Hakikat ini tidak dapat nak diubah atau dinafikan. Rupanya Si Wong Tic-Tack ni hanya berpura - pura.
Dia jelas hanya mempergunakan pentas Himpunan Hijau sebagai alat untuk melonjakkan nama dia dipersada Politik semasa. Bukan la niat dia nak membantu rakyat.
Tanpa gerakan Himpunan Hijau yang membantah pembinaan kilang Lynas, tak de sapa pun yang kenal dengan Si Wong Tic-Tack ni. 'He is Nobody'.
Tapi, disebabkan ambisi dia nak ada nama dalam Politik, dia gunakan Himpunan Hijau sebagai batu loncatan untuk dia mencapai cita - cita peribadinya.
Mungkin, disebabkan mereka sedar dengan hakikat ini, maka kecaman mula berkumandang dikalangan ahli - ahli jawatankuasa Himpunan Hijau.
Mereka tampil dan mendesak agar Si Wong Tic-Tack meletakkan jawatan sebagai Pengerusi jika benar - benar mahu bertanding dalam Pilihan Raya akan datang.
Jelas mereka, Himpunan Hijau tidak mahu dikaitkan dengan agenda Politik mana - mana pihak. Mereka enggan dipergunakan oleh orang yang berkepentingan peribadi.
Desakan tersebut merupakan sesuatu yang wajar dilakukan kerana pendirian Si Wong Tic-Tack terhadap kilang Lynas tu kini sudah berubah.
Kalau dulu, mati - matian dia mahu kilang tersebut ditutup terus dan dilarang sama sekali untuk beroperasi di Malaysia. Tapi, sekarang semuanya dah berubah.
Dia pulak yang buat pusing U dan bersetuju agar kilang tersebut dibenarkan untuk beroperasi sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Putrajaya kelak.
Maka sudah jelas kepada kita rakyat Malaysia bahawa Si Wong Tic-Tack ni bukannya ada sebab lain nak bertanding dalam PRU akan datang. Sebaliknya, dia hanya nak memenuhi cita - cita peribadi dia sendiri. Bukannya dia nak membantu orang lain!!!
Anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Clement Chin menuntut pengerusi NGO alam sekitar itu, Wong Tack meletak jawatan berkenaan susulan pengumuman aktivis tersebut untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Chin berkata Wong harus meletak jawatan untuk membolehkan Himpunan Hijau kekal bebas dan tidak dikuasi mana-mana ideologi politik parti.“Saya ingin mencadangkan bahawa, dari segi prinsip, Wong Tack harus meletak jawatannya sebagai pengerusi Himpunan Hijau demi mengejar karier politiknya.“Jawatankuasa pemandu sedia ada perlu melantik seorang pengerusi baru untuk menguruskan Himpunan Hijau sebagai golongan yang kuat dan bukannya NGO yang berteraskan politik,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.Kenyataan itu timbul di saat Wong menerima banyak kritikan, antaranya yang mempersoalkan pendirian aktivis berkenaan yang sering berubah-ubah berhubung loji Lynas.Wong dalam kenyataannya selepas disahkan menjadi calon DAP semalam berkata, beliau tiada masalah dengan loji berkenaan sekiranya Lynas melalui saluran yang betul untuk membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa loji penapisan nadir bumi adalah selamat.Sedangkan, beliau sebelum ini pernah mengancam untuk membakar loji nadir bumi di Gebeng itu, sekiranya kilang tersebut masih tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.
sia2 selama ni ngo tu bantah lynas upenya ketua pembangkang pun sokong lynas hahahahha
BalasPadamTipah tertipu.
BalasPadamU BAKAR I SAMAN U.
BalasPadam