Fuh!!! Dahsyat sungguh penangan 'nafsu' Si Wong Tak Best tu rupanya ye. Akibatan keghairahan dia nak jadi calon dalam PRU akan datang, rakan seperjuangan pun dipinggirkan.
Hakikatnya, benda ni bukan satu isu baru beb. Tapi dah lama dah orang pertikaikan mengenai perkara ni. Sejak mula - mula diorang failkan injuksi dah timbul isu ni.
Orang ramai mempersoalkan kenapa masa buat injuksi tu hanya pihak Save Malaysia, Stop Lynas je yang buat petisyen? Kenapa NGO lain tak buat sama?
Alasan yang diorang bagi ialah sebab SMSL sahaja yang berdaftar dan mereka mewakili semua NGO yang lain. Itu je alasan yang diorang bagi kepada rakyat.
Persoalannya sekarang, masa mintak derma untuk failkan injuksi tu, semua pihak terlibat. SMSL pun mintak derma, Himpunan Kahak Hijau pun mintak derma.
Malah BADAR pun mintak derma jugak. Boleh kata satu rumah yang didatangi oleh NGO - NGO ni dipaksa bagi derma sebanyak 3 hingga 4 kali sehari!!!
Tapi, bila failkan injuksi, hanya SMSL je yang buat. Yang lain buat apa? Persoalan yang lebih menjadi isu utama oleh rakyat ialah mengenai jumlah kutipan derma tu.
Ramai yang mempersoalkan, siapa yang kira jumlah kutipan tersebut, berapa banyak yang dah dikumpulkan dan siapa yang buat audit? Duit tu simpan dimana dan sebagainya.
Nah!!! Itu semua persoalan dari kalangan rakyat. Sekarang dah timbul pulak persoalan terbaru dikalangan rakyat. Ke mana arah tuju Pengerusi SMSL selepas ini?
Kalau kita tengok, Pengerusi - Pengerusi NGO lain semuanya dah diumum untuk menjadi calon dalam PRU yang akan datang. Terutama sekali Si Wong Tak Best tu sendiri.
Selain dari Si Wong Tak Best tu, nama Andas Sura pun turut disebut - sebut sama. Yang bestnya tentang Si Andas Sura tu, dia naik pun selepas dia cantas calon sebelum ini.
Bukan Tuan Sayed Lonik tu. Tapi sebaliknya pemilik nama BADAR tu sendiri iaitu Dr. Badaruddin. Sebelum Andas Sura, nama Dr. Badar yang disebut - sebut.
Sebab itu la nama NGO yang diketuai oleh PAS sebelum ini dinamakan sebagai Gerakan BADAR yang diambil sempena nama Dr. Badar tu sendiri.
Tinggal lagi, nama Dr. Badar dilucutkan oleh PAS apabila dia turut terlibat sebagai salah satu kontraktor utama dalam isu kilang Lynas tu sebelum ini.
Katanya, klinik Dr. Badar tu berjaya mendapatkan kontrak sebagai klinik panel kepada kilang tersebut. Hah! Tu pasal la nama dia gugur. Bukan ada sebab lain.
Tambah menarik, pendedahan seumpama itu bukan dibuat oleh orang UMNO atau orang BN sendiri. Sebaliknya, puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang dedahkan.
Nampak sangat la 'the so called' pejuang - pejuang 'Anti Lynas' ni semuanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri. Diorang buat semua tu untuk melonjakkan nama dan dapat menjadi calon dalam PRU akan datang. Bukannya sebab nak memperjuangkan rakyat pun!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.