Korang kenal dengan mamat kat dalam gambar diatas ni? Mesti korang tak kenal ye tak. Tak pe. Nanti SH kenalkan dia kepada korang. Tapi, sebelum itu...
Korang pernah tengok tak cerita Nasib Si Labu Labi yang mana Si Haji Bakhil tu dah tangkap cinta dengan Cikgu Murni? Dia suruh Labu Labi tu pergi masuk meminang.
Tapi, siapa sangka. Bapak kepada Cikgu Murni tu rupanya Si Lebai Misai Kontot. Badan je kecik, tapi perangai mengalahkan Hitler. Hehehe...
Berbalik kepada cerita mengenai gambar diatas. Orang yang tengah bermuram durja tu adalah Ketua Cabang PKR Paya Besar. Nama dia Haji Zahari.
Sebelum ni, ada orang kata, dia buat kerja macam orang setengah nak mati. Macam - macam benda dah dia buat untuk menjahanamkan rakyat di kawasan Paya Besar.
Tapi, seperti biasa. Orang Pakatan Pembangkang ni buat kerja bukan sebab nak bantu rakyat. Tu kita semua pun dah sedia maklum. Diorang buat sebab ada niat tertentu.
Biasa la. Apa lagi yang diorang nak ye tak kalau bukan jawatan, pangkat dan kekayaan. Cakap nak memperjuangkan rakyat ni setakat dihujung bibir je.
Dan memang menjadi hasrat semua Ketua - Ketua Cabang untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Benda ni pun bukan baru bagi kita.
Namun, malangnya, kalau Ketua Cabang tu tak de dalam senarai Si Ketua Penipu, jangan harap la diorang nak jadi calon. Mimpi aje la jawabnya.
Dan memang hakikat itulah yang menimpa Si Ketua Cabang PKR Paya Besar ni. Dengar kata, nama dia memang tak sangkut jadi calon dikawasan tersebut.
Semua ni berlaku sebab pemilihan yang diadakan sebelum ni jugak la. Mungkin disebabkan Si Ketua Cabang tu tak Pro pada mana - mana pihak, maka nama dia dah kena padam.
Tak semena - mena, naik la nama orang - orang yang lansung tak de sapa kenal. Kiranya orang tu 100% muka baru. Dan ada jugak orang luar yang tak duduk dalam kawasan.
Hah! Benda ni la yang berlaku terhadap Ketua Cabang PKR Paya Besar ni. Dalam dia dok berangan nak jadi YB, tak pasal - pasal je ada orang lain datang dan rampas kawasan dia.
Cikgu Murni tengah 'Lentok' ... Patut la Bang Non pun 'Bengkok'!!! Hahaha... |
Nama orang tu ialah 'Cik Murni'. Eh? Macam nak sama pulak dengan cerita Nasib Si Labu Labi tadi ek? Mungkin Ketua Cabang PKR Paya Besar tu pun senasib dengan Haji Bakhil kot. Dua - dua kena reject dengan Haji Lebai Misai Kontot!!! Hahaha!!!
Nujum Pak Belalang betul punya telekan...lebih 30 tahun dulu sekarang jadi kenyataan...kah kah
BalasPadam