Khamis, Mac 28, 2013


Hehehe... ini yang buat orang suka sangat dengan Si Mahfuz Bean ni. Kebodohan dia memang berada pada tahap yang tak mampu ditewaskan orang lain.

Ribut tak de, angin tak de, tetiba je dia pulak yang mendedahkan bahawa di Kedah memang wujud kem berbeza dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Mungkin kenyataan Si Mahfuz Ben dibawah ni hanya sekadar nak menutup persoalan demi persoalan dari kalangan rakyat yang melihat kepincangan dalam kepimpinan PAS.

Tapi, dalam masa yang sama, Si Mahfuz Bean ni secara tak sengajanya telah membongkarkan 'Rahsia Umum' tu secara terang - terangan.

Sekarang rakyat mula akan memandang serong terhadap kedua - dua kem yang dia maksudkan tu. Rakyat akan melihat bahawa kedua - dua kem tu hanya nak tunjuk bagus.

Masing - masing bukannya berjuang untuk menjaga Kebajikan Rakyat. Sebaliknya hanya nak tunjuk yang kem lagi satu tu lebih layak untuk memerintah dari yang satu lagi. Itu je. Semuanya untuk kepentingan sendiri. Bukannya untuk rakyat pun!!!
Kewujudan kem berbeza dalam PAS Kedah tidak menjejaskan persediaan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, perbezaan tersebut berlaku kerana kedua-dua kem mahu kerajaan negeri memperbaiki perkhidmatan mereka kepada rakyat.

"Semua perbezaan yang berlaku dalam parti itu lebih kepada untuk berlumba-lumba bagi memastikan pentadbiran yang lebih baik.

"Mereka yang terlibat dalam perbezaan itu semuanya bersih daripada amalan rasuah," katanya kepada Malaysiakini petang tadi.

Dakwaan pergeseran antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi kini dianggap 'rahsia umum'.




Kedua-dua pemimpin PAS itu bertindak demikian dipercayai kerana tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya.



PAS Pusat dan negeri akhirnya mengadakan pertemuan khas - yang berlarutan sehingga jam 3 pagi - bagi menyelesaikan masalah itu sebelum mengarahkan kedua-duanya menerima semula jawatan tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping