Rabu, Mac 27, 2013


Hahaha!!! Memalukan betul la Si Mazlan Pemalas ni ye. Baru berdepan dengan Datuk Azalina pun dia dah kecut telor. Pun ada hati nak jadi jaguh jugak ke?

Kalau sebelum ni, dia pandai sangat tabur fitnah kononnya projek Rapid Pengerang tu akan membahayakan rakyat. Kononnya Datuk Azalina ni tak bertanggung jawab.

Sekarang, bila dah kena saman, tau pulak dia nak buat rayuan untuk membatalkan saman Datuk Azalina tu. Kenapa dia takut sangat kena saman?

Kalau dia rasa apa yang dia sebut sebelum ni terhadap Datuk Azalina adalah perkara yang betul, hadap je la dalam mahkamah. Nak batalkan saman tu buat apa? Nampak sangat la yang Si Mazlan Pemalas ni tak de otak. Bercakap pandai, tapi semua pakai Kepala Lutut!!!
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru bagi membatalkan saman yang dikemukakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung dakwaan kenyataan berunsur fitnah. 

    
Permohonan Mazlan menerusi peguam Mohd Harris Al Hajj Abdullah itu disebut di hadapan Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli di dalam kamar.
    
Mazlan dan peguam plaintif, Intan Azlina Mazlan, turut hadir di mahkamah.
    
Pada 20 Disember lepas, Azalina memfailkan saman terhadap Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas di Pengerang, Kota Tinggi semasa Perhimpunan Hijau 930 di Dataran Sungai Rengit, Pengerang, 30 September lepas.
    
Mazlan dalam ucapannya semasa perhimpunan terbabit mendakwa Azalina mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk memilih Pengerang bagi menjalankan projek Rapid itu.

Azalina mendakwa kenyataan Mazlan itu telah mencemarkan reputasinya sebagai anggota Parlimen dan nama baiknya juga telah terdedah kepada kebencian, penghinaan dan cemuhan.
    
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menuntut defendan memohon maaf umum selain ganti rugi bagi fitnah termasuk ganti rugi khas melampau dan teladan, injunksi menahan defendan menerbitkan perkataan memfitnah, faedah ke atas gantirugi serta kos.
    
Ketika ditemui pemberita, Mohd Haris berkata permohonan bagi membatalkan saman itu dibuat dengan alasan kenyataan defendan pada perhimpunan terbabit tidak berunsurkan fitnah.
    
"Apa yang dikatakan oleh Mazlan lebih bersifat pujian kepada Azalina sebagai anggota Parlimen yang berjaya membawa pembangunan ke kawasannya dan ia bukan satu fitnah," kata Mohd Harris.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. ...AKU ANAK JATI JOHOR......ORG YANG BODOH DAN BANGANG SAJA...YANG MENOLAK PROJEK RAPID INI......20 BILION JUTA BEEEE...PELABUIRAN......RIBU RIBU PEKERJAAAN DAPAT DI BERI....PADA PENDUDUK TEMPATAN....SELAIN MEMAJUKAN LAGI DAERAH PENGERANG YANG MUNDUR DAN TERTINGGAL SELAMA INI..KERANA JARAK YANG JAUH,,,,DARI PUSAT BANDAR JB....DENGAN ADA NYA PROEJK INI....SEMUNYA ORANG DAPAT MENAFAATNYA....SEMUA ORG DAPAT MERASAI KENIKMATAN DAN LIMPAHAHN REZEKI.....SO , KENAPA NAK JADI BODOH....MENOLAK REZREKI YANG DATANG.....NAMPAK SANGAT SI MAZLAN NI....RAKYAT JOHOR PALING BENGAPP NAK MAMPUSSSS.......PASTU DIA TERLUPA KER..SAPA ITU AZLINA......BEKAS SEORANG PEGUAM......SO JGN MAIN MAIN DGN DIA.....AKU BERANI BERTARUH ...KALAU MEREKA BERLAWAN BERTUMBUK PUN...AKU PILIH AZLINA....PASTI MUDAH TEWASKAN MAZLAN BONGOK NI..PASAL..AZLINA ADA BLACK BELT DLM TAE KWN DO..SO.......ADA BERANI KAH MAZLANNNN..EHEHHEHE.....

    BalasPadam
  2. Muka kaki lepak kat kolam pancing ikan....muka pemalas

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping