Jumaat, Mac 29, 2013


Hehehe... jangan marah ye. Ini sekadar gimik Politik semata - mata. Bak kata puak - puak Pakatan Haramjadah tu la. Semua benda UMNO buat semuanya Gimik Politik belaka. 

SH yakin, dalam ketika ini tajuk sedemikian akan mengundang seribu persoalan. Ada yang akan tanya, "Ye ke Isnin depan?" "Konfirm ke bro bubar Isnin ni?"

Dan macam - macam lagi soalan - soalan cepumas yang bakal menyusul. Tapi, bukan orang UMNO atau orang BN yang bertanyakan soalan tersebut.

Sebaliknya, yang nak sangat tau pasal isu pembubaran Parlimen ni adalah dari kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri. Diorang yang sesak nak bubar.

Waima sebelum ni pun, SH dah banyak kali dengar spekulasi yang diorang buat. Sejak dari tahun lepas lagi diorang dok buat spekulasi yang bukan - bukan.

Semua spekulasi yang dibuat memang tak masuk akal lansung. Ada yang kata musim Haji, ada yang kata musim banjir. Macam - macam lagi la spekulasinya.

Dan yang terbaru, ada jugak kata Parlimen bubar hari ni lepas solat Jumaat tadi. Nah!!! Bukan ke itu bukti bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah ni sesak nak Pilihan Raya?

Kot kalau Parlimen bubar esok sekali pun, diorang belum tentu boleh menang lagi. Setakat menang sorak je buat apa. Yang pasti, sesama diorang sendiri pun masih banyak isu yang tak selesai. Nak hadap PRU macam mana kalau masalah dalam kain pun masih berserabut!!!
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan perjumpaan dengan pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Bangunan Perdana Putra di sini.
   
Perjumpaan yang diadakan sejak pukul 8 pagi itu, dipercayai bagi memuktamadkan senarai calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13) nanti.
   
Antara yang kelihatan memasuki kompleks itu pada sebelah pagi, ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.
   
Turut berada di kompleks itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
   
Zainal Abidin yang memperlahankan kereta ketika keluar dan lalu di hadapan kira-kira 30 pengamal media yang menunggu seawal pukul 7 pagi, hanya berkata: "Semua ok", bila diminta mengulas mengenai pertemuan itu.
   
Shahidan turut menyatakan perkara sama, dan menambah: "Semoga Allah merahmati kamu semua.. Hidup BN".
   
Pada sebelah petang pula, kenderaan yang membawa Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Timbalan Pengerusinya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dilihat memasuki kawasan kompleks, diikuti Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. kalau betul la berita ni datang dari pakatan... apasal jabatan2 kerajaan pada awal tahun lepas di bekukan cuti mereka? dan awal tahun ini juga dibekukan juga cuti..

    BalasPadam
  2. hang pun haram jadah jugak...sama aje..bahanx lucah jadi makanan hangpa aje..punya sukalah nak letak anonymous ke atau tanpa nama pun..pedulik hapa sama lu..kalau setakat buat keje harap upah aje tak ye le..ape barang....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping