Alamak? Macam pernah kita baca pulak skrip ni kan? Tapi dimana ye? Bukan ke pernah ada pemimpin dalam Malaysia ni guna taktik yang sama ke?
Bukan ke dulu Si Ketua Penipu tu pernah kata ada orang nak bunuh dia gara - gara pendedahan baru yang dibuat oleh Si Saiful mengenai kes liwat dia?
Punya la Si Ketua Penipu tu takut sampai terpaksa dia melarikan diri ke kediaman rasmi Duta Turki di Malaysia dan duduk kat Lobi selama setengah hari?
Erk, kenapa ye dia sekadar duduk kat Lobi? Oh! Sebab pihak Kedutaan Turki pun tak pasti dia datang sebab apa. Tu pasal diorang tak jemput dia masuk.
Mungkin taktik yang sama jugak la yang digunakan oleh Si Sos Tiram tu untuk melarikan diri dari sebarang tuduhan menceroboh Negara orang lain di negara dia sendiri. Tu pasal la dia tiru taktik Si Ketua Penipu tu kot!!!
MANILA, Filipina - Satu skuad pembunuh asing dikatakan telah tiba di negara ini untuk membunuh Sultan Sulu Jamalul Kiram III dan penasihat Pastor beliau "Boy" Saycon, menurut jurucakap kesultanan Abraham Idjirani.Dalam berita taklimat Selasa, Idjirani mendedahkan bahawa "kolonel tentera asing" tiba dengan empat "komando" dan mengupah tiga pembunuh tempatan untuk membunuh Kiram dan pengikut-pengikutnya.Idjirani meminta Biro Siasatan Negara, Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina untuk menyiasat maklumat mereka bahawa skuad bunuh itu tinggal di Hotel Maxim di Pasay City.Berkata Idjirani seorang peguam, yang kononnya didatangi oleh orang asing tersebut , memberitahu Saycon tentang plot tersebut.
SEPATUTNYA bila Kiram III dah mati baru keluarkan berita ni. Ini mesti ada kaitan dengan syilling 50 sen hari tu. Kiram III dah mula cuak.
Tetapi seperti biasa, Kiram III pada masa ini amat memerlukan publisiti murahan dengan mereka cerita bahawa beliau diancam bunuh.
Biasanya, kalau orang nak bunuh mangsa, takde sibuk-sibuk nak pergi jumpa Kiram III dan kata "aku nak bunuh Kiram III". Gile kot?Jika benar-benar berlaku, ini mesti kerja orang luar. Selepas tu, tabur bukti kata ejen Malaysia yang bunuh Kiram III supaya orang Filipina benci pada Malaysia. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.