Rabu, Mac 06, 2013


Perhatian! Artikel ini bukan bertujuan untuk menakut - nakutkan rakyat Malaysia. Tetapi sebaliknya untuk membuat penjelasan kepada mereka.

Sebelum ini, Nur Misuari menyatakan hasrat untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan konflik yang sedang berlaku di Lahad Datu.

Tapi, kalau kita baca berita dari Inquirer ni menunjukkan bahawa Si Nur Misuari tu hanya sekadar bermain wayang. Sama la macam yang SH dedahkan sebelum ini.

Kot kalau betul dia nak bantu menyelesaikan konflik di Sabah tu, apa pasal pulak semakin ramai kaum Tausug tu nak berlayar ke Sabah?

Dan apa yang didedahkan oleh media milik Filipina tu menyatakan bahawa mereka semuanya penyokong - penyokong gerakan MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari.

Jadi, adalah jelas bahawa Si Nur Misuari yang berjumpa dengan Si Ketua Penipu tu memang ada agenda yang tersembunyi. Sama la macam Si Ketua Penipu tu.

Nampak sangat la yang diorang ni memang ada pakatan sulit yang tak nak didedahkan kepada umum. Tu pasal la masing - masing dok sibuk je buat penafian. Kot kalau nak membantu, jangan harap la!!! Setakat cakap je, baik tak payah!!!
ZAMBOANGA 5 Mac - Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah. 
Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan. 
"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya. 
Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah. 
Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah. 
Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah. 
"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani. 
Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam. 
"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping