Rabu, Mac 06, 2013


Memang tergugat beb Si Tian Chuak ni. Dia ni bercakap main ikut sedap mulut dia je. Lepas tu bercakap pulak bila berdepan dengan pihak media je.

Nak harap dia bercakap depan orang ramai? Jangan harap la! Memang dia takkan berani der nak buat. Dan memang itu hakikatnya. Tak payah kita nak cerita banyak la.

Lagi pun, orang macam Si Tian Chuak tu hanya layak jadi seorang pembangkang yang duduk dalam longkang je. Dia bercakap pun bukannya menggunakan Kepala Otak. Tapi banyak guna Kepala Lutut. Tu pasal la dia kena tenyeh dengan 300 bekas Polis!!!
KUALA LUMPUR 4 Mac - Kira-kira 300 pesara polis berhimpun di hadapan Tugu Negara bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan menangani pencerobohan bersenjata di Sabah selain menyelar kenyataan biadab Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mendakwa kejadian itu adalah sandiwara kerajaan. 
Demonstrasi aman itu diketuai bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia (YPM). 
Peserta terdiri daripada pesara komando polis VAT 69, pesara Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), pesara Cawangan Khas, pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), YPM dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa). 
Mereka turut membawa sepanduk mengutuk tindakan Tian Chua yang juga ahli Parlimen Batu dan mendesaknya meminta maaf kepada semua pihak. 
Yang turut serta dalam demonstrasi sejam itu ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai, dua bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Najib Abdul Aziz dan Tan Sri Husin Ismail, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan serta bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Khoo Ah See. 
Dalam pada itu, Samshuri berkata, tindakan Tian Chua yang memperlekehkan kematian anggota keselamatan jelas menunjukkan sikap tidak berperikemanusiaan pemimpin tersebut. 
"Ini merupakan suatu penghinaan apabila kematian dianggap sebagai satu sandiwara. Kami rasa terhina," katanya. 
Shamsuri seterusnya menegaskan warga pesara polis menyokong dan yakin dengan tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dalam usaha menangani pencerobohan di Sabah. 
Lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac. 
Pada 1 Mac lalu, Tian Chua seperti dipetik dalam lidah rasmi PKR, keadilandaily.com mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian anggota pasukan keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya 'sandiwara kerajaan' untuk menakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. - seterusnya...
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tian Chua di arah oleh ketuanya..bodek ketua Anwar yang tersayang..blakang Anwar 'muntah angin' bro..kobar2 nak ganti tempat Anwar....esok lusa mana tau kot2 Anwar nak letak jawatan..all of PKR akan jadi miliknya..so,u can know right....kalau dia presiden..boleh buat kerjasama dengan DAP..bisa gabung,kaki teguh ma.!!!...PAS didepan jadi anjing...kung-kung-kung.!!!..dia org tepok tangan happy!happy!!! di belakang..Anwar meet Raja Sulu beberapa bulan lepas..timbul hal ni Tian Chua nie yang keluar..PKR sebenarnya bersandiwara semata-mata menggugur kerajaan pemerintah.lantak ar pembangkang tu..nanti andai Tian Chua mati di bunuh oleh orang di luar nuuu.maka kita akan kata ianya juga suatu sandiwara Tian Chua....####yang penting kita sapport kerajaan yg sedang berhadapan dgn pencerobohan...OPS DAULAT BUKAN POLITIK!!!NYAWA BUKAN POLITIK!!!...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping