Ahad, Mac 03, 2013


Wah!!! Hebat betul Si Tian Chuak tu nak pusing cerita ek. Sampai dia dapat cari bukti bahawa kenyataan risikan Filipina tu rupanya hanya rekaan semata - mata.

Kira memang hebat la dia ye. Tinggal lagi, mampu ke dia buktikan apa yang dia cakap sebelum ini? Atau adakah dia hanya pandai bercakap je?

Kita bukan tak kenal dengan Si Tian Chuak ni kan. Dia ni memang pandai dalam bab - bab nak menipu ni. Setakat nak buat fitnah terhadap orang lain, dia memang handal.

Tapi, soalnya sekarang ni, mampu ke dia nak mencuci dosa yang dah dibuat oleh Si Ketua Penipu sehingga mengakibatkan anggota keselamatan Negara terkorban?

Mampu ke dia nak singkirkan pandangan rakyat yang jelas menggambarkan bahawa Pakatan Pembangkang terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu tu?

Ingat! Pendedahan yang dibuat sebelum ini adalah milik Kerajaan Filipina dan juga media antarabangsa. Kot kalau diorang salah lapor, kenapa pulak puak - puak Pakatan ni tak ambik tindakan? Setakat bercakap je buat apa. Mengabihkan masa je!!!
LAMAN ini baru sahaja mendapat maklumat dari ibu pejabat PKR di Tropicana bahawa Naib Presiden parti tersebut, Tian Chua, akan mengadakan sidang akhbar Selasa ini bagi menunjukkan bukti yang menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa insiden di Lahad Datu sekarang adalah sandiwara UMNO semata-mata.
Suarapakatanrakyat.com difahamkan bahawa antara yang akan didedahkan ialah bukti dalam bentuk dokumen dan gambar dalang sebenar di sebalik kejadian pencerobohan tersebut.
Kami percaya, pendedahan itu nanti akan mengubah keseluruhan pandangan masyarakat terhadap punca sebenar yang membawa kepada kejadian pencerobohan oleh tentera Sultan Sulu ini, dalam masa yang sama memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.
Sejak insiden ini bermula 3 minggu lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim, R Sivarasa dan Tian Chua sendiri adalah nama yang sering disebut-sebut media UMNO dan blogger mereka sebagai orang yang menjadi dalang kepada kejadian ini berikutan tersebarnya gambar Anwar dan pemimpin MNLF, Nur Misuari.
Nur Misuari seperti yang umum tahu adalah sekutu rapat kepada Kesultanan Sulu dan telah mengeluarkan amaran akan menggerakkan tenterannya di kawasan sempadan dengan Sabah untuk memasuki Lahad Datu sekiranya pasukan Tentera Diraja Sulu yang bertahan di Kampung Tandao, diserang pasukan keselamatan negara kita.
Daripada 3 nama itu, Anwar paling teruk menerima kesan berikutan tindakan agensi berita antarabangsa Reutersmendedahkan sumber, kononnya dari perisikan Filipina yang mengaitkan beliau dengan insiden tersebut.  Laman ini difahamkan para peguam Anwar belum lagi memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita itu atau tidak. - seterusnya...
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. DAH 5 ORANG POLIS MATI. ELOK LA KALAU RAMAI YG MATI. JILAT LA LAGI UMNO. NI LA KESAN BERI IC PADA PENDATANG. HIDUP MELAYU.

    BalasPadam
  2. Tiang Chuak pemimpin keji yang wajib di tentang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping