Hanya tu sahaja cadangan SH buat pihak SPR. Kalau Si Nurul Izzah tu nak heret SPR ke mahkamah, biarkan dia. Yang penting SPR berada dilandasan yang betul.
Jika benar Si Nurul Izzah tu tak pernah hantar surat atau sebarang makluman kepada pihak SPR, biar dia saman SPR. Biar dia buat semakan kehakiman.
Sebab SH yakin, Si Nurul Izzah ni takkan berani der nak ambik tindakan tu. Dia setakat berani nak gempak je. Setakat berani nak bercakap. Kalau SPR berani, cabar Si Nurul Izzah tu suruh failkan semakan tersebut. Jangan setakat suruh dia bercakap je!!!
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak pernah memaklumkan kepada pihaknya berhubung senarai lebih 4,600 pemilih yang didakwa meragukan dalam kawasan parliman terbabit.
Abdul Aziz dalam satu wawancara disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini berkata tiada sebarang daftar pemilih atau surat pernah dihantar oleh Nurul kepada SPR."Saya telah semak, tiada sebarang daftar pemilih atau surat dihantar kepada SPR," katanya, mengulas mengenai permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi.Nurul Izzah dalam dokumen permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu mahu membatalkan sebanyak 4,637 nama pengundi yang didakwa meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam kawasan parlimennya.Ia melibatkan Rang Daftar Pemilih Induk (RDPI) dan Rang Daftar Pemilih Tambahan suku kedua 2012.Senarai nama berkenaan didakwanya didaftarkan dengan alamat tidak lengkap atau kawasan yang tidak wujud.Selain itu, beliau turut mahu membatalkan 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai dan tiga nama yang telah meninggal dunia yang terkandung dalam RDPI.Mengulas lanjut, Aziz meragui tindakan PKR yang dianggap membuat dakwaan tidak tepat tanpa merujuk pihaknya terlebih dahulu."Sepatutnya kalau betul mereka ikhlas mahu bersihkan daftar pemilih, datanglah ke SPR, bawa senarai daftar pemilih yang didakwa meragukan itu supaya SPR boleh semak.'Ini tidak, mereka pergi kepada media, buat kenyataan yang tidak tepat," katanya.Tambahnya lagi, SPR kini akan mempertahankan diri mereka di mahkamah susulan semakan kehakiman itu."Jika mereka membawa ke mahkamah, maka SPR akan terus mempertahankan institusi yang telah diberi tanggungjawab ini," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.