Selasa, April 30, 2013


SEREMBAN – Pas negeri mengesahkan calon Pas bagi Dun Lenggeng, Zulkefly Mohammad Omar akan kekal bertanding.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya berharap semua pihak dapat menghentikan spekulasi yang menyatakan Zulkefly menarik diri kerana faktor kesihatannya.

“Keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan tidak membimbangkan. Cuma atas nasihat doktor dia perlu berehat di hospital antara empat hingga lima hari bagi memastikan kesihatannya betul-betul pulih.

“Tapi atas faktor keselamatan dan kesihatannya, hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat beliau,” katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pengetahuan pihaknya, Zulkefly tidak mempunyai masalah kesihatan serius sebelum ini, namun berkemungkinan kesihatannya terganggu disebabkan terlalu letih sepanjang tempoh berkempen.

Sehubungan itu katanya, beliau menasihatkan kepada semua calon Pas agar dapat menjaga kesihatan sebaik mungkin walaupun masing-masing sibuk berkempen.

“Memang salah satu syarat dikemukakan Pas pusat semua calon perlu sihat. Biasanya sebelum pilihan raya sihat, tapi mungkin tekanan dan kesibukan berkempen keadaan kesihatan itu terganggu.

“Saya percaya ramai yang bimbangkan keadaan beliau. Jika keadaan memerlukan mungkin Zulkefly sendiri akan membuat sidang media dalam waktu terdekat,” katanya.

Selain itu katanya, sementara menunggu beliau pulih, Pas negeri bersama wakil calon dan jentera pilihan raya Dun Lenggeng akan mengambil alih segala aktiviti berkempen di kawasan berkenaan.


Ps: Belum menang pun dah kerap masuk Hospital ni, bahaya beb. Takut tak cukup sepenggal, dah kena hadap Pilihan Raya Kecik pulak kita nanti.

Jadi, baik la rakyat pilih calon yang lebih sihat. Sekurang - kurangnya, apa yang diorang mahu dan perjuangkan dapat dilaksanakan. Jangan pulak ada yang tersangkut ditengah jalan!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Boleh ke jadi tok wakil yg berkesan, kalau nanti asyik keluar masuk hospital, jalan pun berpapah, doesn't seem to be medically fit.

    BalasPadam
  2. Emmm.... Lebih kurang Nik Aziz jer ni. Bagaimanapun kita doakan agar dia cepat sembuh! Insyaallah!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping