Tatkala ini, ramai dikalangan penyokong - penyokong PAS menyambut gembira pengumuman yang di buat oleh Mantan Menteri Besar Selangor ni semalam.
Ada yang kata ianya indikasi bahawa UMNO akan tumbang. Tak kurang juga yang keluarkan kata - kata pujian kononnya Mat Taib sudah masuk Islam.
Maka berbangga la mereka didalam laman - laman sosial dengan pelbagai spekulasi serta andaian masing - masing. Pemimpin BN pulak hanya mendiamkan diri.
Pemimpin BN berdiam diri sebab tak mau layan cerita murahan sedemikian. Mereka diam sebab dah tau dah sebab apa Si Mat Taib ni keluar parti.
Tapi, jangan la puak - puak Pencacai Pakatan Haramjadah tu bangga sangat. Masih ada dikalangan mereka sendiri yang mempertikaikan tindakan Si Mat Taib tu.
Tak kurang juga ada yang mencemuh dan menganggap tindakan Mat Taib tu sebagai satu penghinaan kepada perjuangan PAS selama hari ini.
Bagi mereka, Mat Taib masuk PAS bukan sebab dia yakin dengan perjuangan PAS. Sebaliknya, Mat Taib masuk PAS sebab dia merasa kecewa dalam UMNO.
Sejak dia tak lagi dijadikan calon, nama Mat Taib semakin tenggelam. Malah didalam Mubarak pun, Mat Taib tak mendapat tempat dikalangan pemimpin veteran.
Dia hanya sekadar menjadi ahli biasa didalam Mubarak walaupun dia masih lagi bergelar seorang Ketua Bahagian di Kelana Jaya.
Ditambah pulak apabila nama menantu Si Mat Taib ni GUGUR dari menjadi calon untuk menghadapi Pilihan Raya Umum kali ini. Jadi, sebab itulah dia bertindak keluar parti.
Setidak - tidaknya, didalam PAS, dia akan dianggap sebagai seorang 'Maverick'. Nama dia akan mendapat tempat semua dipersada Politik Malaysia.
Ianya bukan satu perkara yang baru bagi PAS. Lihat saja fenomena ketika ini. Artis yang baru jejak kaki pun boleh jadi calon. Yang dah lama berjuang semuanya dipinggirkan.
Artis - artis yang baru masuk tu semuanya dapat habuan yang besar. Tapi itu bukan sesuatu yang diimpikan oleh Mat Taib sebab dia dah terlebih dari kaya raya.
Apa yang pasti, wujud disanubari penyokong - penyokong PAS sendiri mengenai niat Si Mat Taib tu masuk PAS. Dia hanya dianggap sebagai duri dalam daging kepada PAS. Jadi, tak payah la pencacai Pakatan yang lain tu bangga sangat!!!
Ada Aku Kesah Atau Umno Kesah
BalasPadamkita kena belajar menghormati pendirian sasaorang jadi tindakan Mat Taib masuk pas sudah difikirnya jadi kamu siapa bolih persoalkan .Kini didapati umno cukup ngelabah kerana semua tindakannya dah makan tuan dan kumpulan yang kekal menyokong umno adalah dari kampung tradisi yang semakin pupus kerana mati atau pengaruh anak2 cucu mereka.Nisbah hijrah umno kePas cukup tinggi bandingkan Pas keUMNO .It is a known fact that if Pas member joined UMNO ,no other reason except for money...Saya telah jadi ahli umno puluhan tahun dan mendapati orang umno perengkat bawahan ini terlalu cetek pengetahuan politiknya yang tahu sokong umno membabi buta.Itu belum lagi cakap pasal sembahyang dan perkara2 berkaitan ugama yang rata2 memalukan...Ini semua adalah tarbiah UMNO yang mahu ahli2nya rabun dan buta dalam semua perkara kecuali sokong UMNO at all cost .Wahai orang umno bawahan tengoklah pemimpin umno bagaimana life stylenya bagaimana kayanya dan mewahnya jadi kenalah buka mata buka telinga dan buka hati .Kalau tak terbuka ini tanda negara bergerak kearah kehancuran.....yang kamu akan dipersalahkan kerana tangan2 kamulah yang menjahanamkan negara ini...
BalasPadamOrang-orang melayu lain ramai sudah keluar meninggalkan PR untuk bersatu menyokong parti UMNO kenapa pulak bekas MB Selangor ini memilih untuk menjadi pengkhianat agama, bangsa dan tanahair? Kita semua doakan agar beliau akan cepat sedar dan dibukakan pintu hati beliau untuk kembali semula bersatu didalam satu-satunya parti untuk orang-orang melayu yang telah memperjuangkan hak-hak keistimewaan orang melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan.
BalasPadam