Cuba kita baca kenyataan Si Faekah ni betul - betul. Dia seolah - olah mengakui bahawa partinya menghantar Khalid Gagap ke Klang untuk serah tengkuk.
Dia jelas menyifatkan Khalid Gagap sebagai orang yang bertanggungjawab menyebabkan calon Parlimen sebelum ini melompat parti.
Walaupun tempoh berkempen sudah tiga hari bermula ketika itu, Khalid dilihat gagal mendapat perhatian penduduk Pelabuhan Klang selepas beliau memutuskan untuk berpindah dari DUN Ijok yang dimenanginya pada 2008 lalu.Pada majlis itu, Faekah cuba menyakinkan penduduk bahawa Tan Sri Khalid pasti akan membawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kembali ke pangkuan rakyat pada PRU13, 5 Mei nanti.Menurut Faekah, tugas itu merupakan satu amanah yang perlu digalasnya setelah calon yang diketengahkan pada tahun 2008, melompat parti.“Untuk memastikan rakyat tidak tertipu lagi, maka kita lantik Menteri Besar untuk turun bertanding di sini. Parti tidak memilih saya atau calon lain untuk bertanding di sini.“Tetapi memilih orang yang cadangkan dan ketengahkan calon katak pada PRU lepas untuk menebus balik kesalahan pada tahun 2008,” ujarnya.
Huh! Nampak sangat la Si faekah tu jenis orang yang 'Blur'. Benda semudah itu pun dia tak boleh faham ke? Dia tak nampak sebab apa orang kat Perlabuhan Klang tu marah?
Kita bagi contoh mudah macam ni la. Seorang Ketua Pencuri arahkan anak buah dia pergi mencuri disebuah kampung. Lepas tu anak buah dia dapat lari.
Sekarang Ketua Pencuri tu datang ke kampung tudan mengaku kata Si Pencuri tu anak buah dia. Takkan la penduduk kampung tu nak biarkan aje ke Si Ketua Pencuri tu ye tak.
Dah Si Ketua Pencuri tu datang serah tengkuk. Mesti la diorang akan 'ajar' dia cukup - cukup. Sama la dengan keadaan Si Khalid Gagap ni.
Orang tua - tua pesan, 'Rotan tak de, akar pun jadi la'. Jadi, jangan la pulak Si Faekah tu nak membuang masa membela Si Khalid Gagap tu. Terima je hakikat, rakyat di Perlabuhan Klang tu tak nak Si Khalid Gagap tu jadi wakil rakyat diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.