Rabu, April 17, 2013


Hari ini, siapa yang tak kenal dengan Si Fuziah, Mantan Ahli Parlimen Kuantan ni. Nama dia mula menjadi gah apabila berjaya menimbulkan isu pembinaan kilang Lynas.

Tanpa isu yang sengaja digembar gemburkan bagi menghuru - harakan rakyat itu, sudah tentu nama Si Fuziah ini tidak akan dikenali oleh sesiapa pun.

Pada tahun 2010, Si Fuziah tu telah dinobatkan sebagai Naib Presiden PKR melalui pemilihan parti yang disifatkan sebagai berat sebelah oleh kebanyakkan ahli PKR sendiri.

Namun, tidak ramai yang tahu latar belakang Fuziah sebelum dia masuk menyertai PKR. Sejak bila dia mula aktif menjadi ahli PKR? Adakah sejak tahun 1998?

Adakah Fuziah terlibat dalam perjuangan Reformasi yang dicetuskan oleh Ketua Umum parti tersebut selepas dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Jawapannya tidak. Fuziah tidak pernah terlibat dalam perjuangan Reformasi. Nah! Mari kita bongkarkan salasilah Si Fuziah ni supaya semua orang tahu.

Fuziah mula mencuba nasib bertanding dalam Pilihan Raya pada tahun 1999 menentang Tun Khalid Yaakob yang kini menjadi Yang DiPertua Negeri Melaka ketika ini.

Namun, percubaan pertama Fuziah GAGAL apabila dia telah di'hancur'kan dengan majoriti sebanyak 7,361. Fuziah pada ketika itu mewakili Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Hah! Jangan tak tahu pulak. Fuziah merupakan Ketua Wanita bagi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau singkatannya JIM. Apa itu JIM?

Menurut penjelasan yang diberikan melalui WiKipedia, JIM merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan Islam di Malaysia yang didaftar pada 27 Julai 1990.

Visi JIM adalah untuk "membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020." Lebih kurang sama dengan PAS.

Cuma yang berbezanya, JIM merupakan NGO manakala PAS pulak merupakan parti Politik. Namun, bagi Fuziah perbezaan itu tidak menjadi satu isu buat dirinya.

Dulu Fuziah mempergunakan jawatannya dalam NGO untuk dijadikan platform bagi menonjolkan diri diarena Politik, jadi tak heran kalau hari ni dia buat benda yang sama.

Hari ini pun, dia hanya mempergunakan NGO yang membantah pembinaan kilang Lynas sebagai platform dia untuk menyebar luaskan propagandanya yang tersendiri.

Walaubagaimana pun, timbul satu tanda tanya. Jika dulu, Fuziah bergerak aktif dalam Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia yang sama macam PAS, kenapa dia masuk PKR pulak?

Kalau dasar dan perjuangan JIM lebih kurang sama dengan PAS, logiknya Si Fuziah tu akan memilih PAS sebagai pentas untuk dia bergerak dalam arena Politik.

Persoalannya, adakah Fuziah tidak percaya dengan perjuangan PAS walaupun asas dan dasar perjuangan JIM dan parti itu hampir serupa? 

Atau adakah PKR lebih utuh memperjuangkan agama suci itu dari parti yang KONONnya memperjuangkan dasar Islam selama hari ini? 

Persoalan itu perlu dijawab dan dijelaskan oleh Si Fuziah sendiri. Apa pasti, Fuziah BUKAN pejuang PKR yang sejati!!! Maka, memang WAJIB bagi rakyat menolak pemimpin yang setakat CAKAP je pandai, tapi buat kerja tak reti!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Menggunakan nama Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi ini merupakan politik terdesak Anwar untuk ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang.

    Layarilah pemudatekad.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping