Khamis, April 11, 2013



Apa lagi yang perlu kita ceritakan mengenai Mantan Ahli Parlimen Kuantan ini selain dari suka menyebarkan khabar angin yang bukan – bukan?

Sejak dia menjejakkan kaki sebagai Ahli Parlimen dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, Fuziah jelas gagal menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Selama 5 tahun berlalu, tidak ada satu pun khidmat masyarakat yang dihulurkan oleh Fuziah selain dari menyebarkan fitnah terhadap kilang Lynas.

Beliau membuat dakwaan kononnya kilang tersebut merbahaya kepada penduduk dan pernah menyamakan kilang itu dengan reaktor nuklear.

Kenyataan tersebut menjadi hangat tatkala Tsunami melanda perairan Jepun dan membocorkan beberapa reaktor Nuklear yang berada di Fukushima.

Fuziah juga turut menimbulkan panic dikalangan rakyat dengan menyamakan kilang memproses nadir bumi di Gebeng dengan kilang ARE di Bukit Gambang, Perak.

Namun, disebalik tohmahan yang dilemparkan oleh Fuziah selama 5 tahun kebelakangan ini gagal diserta dengan sebarang bukti sehingga ke hari ini.

Malah, pihak mahkamah juga telah menolak injuksi yang difailkan oleh Pertubuhan NGO, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dengan alasan yang sama.

Maka jelas. Apa yang dilakukan oleh Fuziah selama hari ini hanya tuduhan – tuduhan kosong semata – mata untuk memburukkan imej Kerajaan.

Disebalik tohmahan yang dilemparkan itu, Fuziah pernah mengakui yang beliau tidak larat melayan kerenah rakyat yang datang ke pejabatnya saban hari.

Beliau sendiri pernah menyatakan perkara tersebut didalam media dan dilaporkan oleh The News Strait Times yang menyebut:
Fuziah had also admitted to having bitter experiences with her constituents -- she claimed that some of them were only interested in getting financial assistance from her.
(Fuziah juga pernah mengakui mengalami pengalaman pahit dengan pengundinya – beliau mendakwa kebanyakkan diantara mereka hanya berminat untuk mendapatkan bantuan kewangan sahaja darinya.)
Nah! Jika rakyat datang meminta apa sahaja bantuan sekali pun, bukankah sudah menjadi kewajipan bagi dia untuk membantu mereka sebaik mungkin?

Bukankah Pakatan Rakyat selama hari ini sering mendabik dada mengatakan yang mereka ini Harapan Rakyat? Habis, kenapa pulak Fuziah nak merungut tak tentu arah?

Sekarang rakyat sendiri perlu berfikir dengan sepenuh hati. Adakah mereka mahu pemimpin yang benar – benar mampu membela rakyat atau mereka mahu pemimpin yang hanya tahu merungut setiap kali bantuan diminta? Kalau setakat jadi Haprak Rakyat, baik tak payah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping