Jangan Ingat Muka Baik, Hati Dia Bersih Beb... |
Korang bayangkan. Dalam bulan Puasa pun dia boleh jaja cerita fitnah, inikan pulak kalau dalam bulan - bulan biasa macam sekarang ni. Lagi teruk dari itu dia boleh buat.
Jadi, korang fikir la sendiri. Adakah ini jenis pemimpin yang mendabik dada kononnya dia bawak perjuangan Islam? Adakah ini pemimpin yang nak dijadikan wakil rakyat?
Jangan harap la!!! Kalau setakat harap serban besar dok atas kepala tapi perangai mengalahkan Syaitan, tak payah la nak dabik dada kata dia pejuang Islam!!! Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah lansung!!!
PRK Permatang Pasir adalah subjek yang menarik untuk diperhati. Ini kerana ianya berlangsung pada bulan Ramadan.
Oleh kerana DUN Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS, maka PAS menggunakan pelbagai cara untuk menang. Dan salah satu yang digunakan oleh PAS adalah mempersoal MORAL CALON BN ketika itu iaitu Rohaizat Othman.
Disebabkan calon BN kali ini adalah calon yang BERSIH, maka PAS mencipta isu yang paling bodoh yang boleh difikirkan iaitu memainkan isu calon BN kahwin dua.
Mengapa MyMassa kata isu ini isu bodoh ? Kerana kita boleh bilang berapa ramai pemimpin PAS sendiri kahwin lebih dari satu.
Malahan Presiden PAS sendiri secara terangan kahwin dua. Dan individu yang membawa isu ini tidak lain dan tidak bukan iaitu ketua pemuda PAS sendiri, Nasrudin Tantawi.Sepanjang kempen tersebut berlangsung dalam bulan Ramadan, topik isteri kedua calon BN menjadi modal berkempen pemimpin PAS. Persoalannya, adakah benar calon BN berkahwin dua atau hanya fitnah Ketua Pemuda PAS?Di sinilah kaitannya dengan video skandal Stopa Ali. Jika Stopa Ali menafikan, calon BN juga menafikannya. Mengapa perlu diungkit-ungkit sepanjang tempoh berkempen?
Lebih menjengkelkan, modal Ketua Pemuda PAS hanya air liur. Langsung tiada gambar atau apa-apa bukti yang menunjukkan calon BN berkahwin dua. Berbeza dengan kes Stopa Ali, ada video yang jelas menunjukkan individu mirip Setiausaha Agung PAS melakukan perkara yang tidak bermoral!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.