Memalukan!!! Itu ayat yang patut kita hamburkan kepada Si Nurul Izzah ni. Pandai sangat dia nak tuduh orang lain sebagai pengundi Hantu. Rupanya dia pun hantu jugak.
Sekarang pendedahan telah pun dibuat. Dia rupanya mendaftar sebagai pengundi hantu disebuah alamat yang tak de orang duduk. Dia sendiri pun tak duduk rumah tu.
Persoalannya, rumah siapakah yang dia jadikan alamat untuk daftar sebagai pengundi? Kenapa dia pilih rumah tu dan apa kaitan tuan rumah tu dengan dia?
Kalau sebelum ni, ramai dah orang cerita pasal Pejabat dia penuh dengan hantu sebab tak de orang. Jadi sekarang, dia kena jelaskan pulak, pasal apa dia mendaftar dialamat yang dia sendiri tak duduk. Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!
KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai pengundi hantu paling besar kerana mendaftar mengundi di kawasan bukan tempat tinggalnya.
Kata beliau, pada tahun lepas, Nurul Izzah mendaftar sebagai pengundi di Parlimen itu melalui alamat sebuah rumah di Bangsar walaupun tidak pernah tinggal di situ.
"Dia daftar sebagai pengundi Lembah Pantai menggunakan alamat sebuah rumah di Bangsar. Dia tidak tinggal di situ, bapanya juga tidak tinggal di situ, alamat ini mungkin alamat kenalan atau saudaranya sahaja," katanya selepas menghadiri majlis sepetang bersama penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau dan Persatuan Anak-Anak Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan di Pantai Dalam di sini semalam.
Tambah Nong Chik, beliau tidak pernah membawa kes Nurul Izzah ke mahkamah untuk dibatalkan daftar pemilih berkenaan sebaliknya menganggap tindakan itu adalah hak individu.
"Namun, sikapnya yang cuba mendapatkan perintah mahkamah membatalkan lebih 4,000 pengundi meragukan dalam Rang Daftar Pemilih di kawasan Lembah Pantai adalah satu tindakan yang cuba menafikan hak bekas setinggan di sini untuk mengundi," jelasnya.
Awal bulan lalu, Nurul Izzah gagal mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan lebih 4,000 nama pengundi meragukan di Parlimen itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Nong Chik berkata, 4,000 nama itu merupakan pengundi bekas setinggan yang telah berpindah ke beberapa PPR sekitar Lembah Pantai.
"Memang alamat ini agak meragukan, mungkin disebabkan mereka tidak bertukar alamat lagi, tidak tukar MyKad lagi dan sebagainya," jelasnya.
Katanya, kesemua mereka merupakan golongan berpendapatan rendah yang telah berpindah dari setinggan Bukit Putra Indah ke PPR Kerinci dan Pantai Ria.
"Nama pemilih yang Nurul Izzah cuba nafikan hak mengundi bukan pengundi baharu tetapi penduduk yang telah lama mendaftar sejak tahun 1999 dan sudah banyak kali mengundi," jelasnya.
Beliau menambah, jika Nurul Izzah mempunyai perasaan terhadap penduduk di Lembah Pantai, dia tidak akan membawa perkara itu ke mahkamah dan cuba mencari publisiti serta mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak tertentu menipu.
"Jika dia (Nurul Izzah) cakap orang tidak tinggal dan bermastautin di sini (Lembah Pantai) tidak boleh mengundi, dia pun sama tidak boleh mengundi di sini," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.