Isnin, April 29, 2013


PETALING JAYA 27 APRIL: NGO pro Umno BN yang menggelarkan diri mereka ‘Waris Malaya’ bertindak samseng apabila mengugut dan mengancam untuk mencederakan petugas dan penyokong KEADILAN Taman Medan, 21 April lalu.



Ancaman itu berlaku semasa calon KEADILAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Haniza Talha menyampaikan penerangan kempen di Bilik Gerakan Daerah Mengundi 12, Jalan Petaling Jaya Selatan 4.



Menurut Haniza, kumpulan terlibat mengganggu dan membuat bising dengan membunyikan motorsikal secara kuat ketika tayangan kempen berlangsung.



“Dua kali kumpulan itu buat kacau. Pertama, mereka secara berkumpulan membuat bising ketika kempen ditayangkan sehingga mendatangkan kemarahan hadirin pada malam itu.



“Selepas keadaan reda seketika, mereka datang semula kali kedua secara berdepan dan merampas sebuah kerusi dan menghempasnya sehingga pecah.



“Mereka juga mengugut hadirin untuk mencederakan jika melawan,” kata Haniza yang memenangi kerusi itu pada PRU 2008.



Haniza berkata, beliau dan sekumpulan penyokong kemudiannya membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan daripada ancaman samseng berkenaan, yang dipercayai dibayar oleh pihak tertentu bagi menghalang kempen KEADILAN.



“Alhamdulillah, selepas itu, insiden provokasi tidak lagi berlaku dan sebuah khemah yang didirikan oleh kumpulan itu juga sudah dirobohkan apabila kereta peronda polis kerap membuat rondaan di sini,” kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor itu kepada Keadilan Daily.


Ps: Seperti biasa, berita yang disebarkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni satu pun kita tak boleh percaya. 

Setakat tayang gambar kerusi pecah, nak suruh orang percaya cerita yang diorang buat? Gambar kerusi pecah semua orang boleh buat.

Kalau resit Kerajaan pun diorang boleh dedahkan, kenapa pulak dalam insiden ni diorang tak boleh bagi gambar?

Yang paling pelik sekali, kejadian berlaku pada 21 April. Kenapa diorang buat laporan 6 hari selepas itu? Kenapa tak dibuat terus?

Memang sah yang diorang ni sekadar nak buat cerita untuk meraih simpati. Tapi, apa nak buat ye tak. Macam yang SH selalu cakp la. Kalau tak menipu, macam mana diorang nak menang Pilihan Raya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping