Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato' Kamilia bertanding di atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.
Dato' Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa (contingencies).
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama diperingkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan Kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon.
Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri , dan sabar dalam perjuangan.
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapa pun yang membelot atau mengkhianati parti kerana kepentingan diri sendiri.
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga, mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini. - Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia.
Ps: Sekurang - kurangnnya Tranformasi yang hendak dilakukan Datuk Seri Najib telah membuahkan hasil. Sekarang kita tahu sejauh mana jati diri orang UMNO sendiri.
Kesimpulannya, kita tahu sebab apa Datuk Seri Najib tak pilih Si Kamilia tu sebagai calon kerana jati diri dia tak cukup kuat.
Kedudukan, pangkat dan nama tak semestinya menggambarkan semangat perjuangan seseorang. Tahniah Datuk Kamilia. Kini kami sedar siapa anda!!!
Inilah manusia yg tamak dgn kuasa dan harta dunia. Dah berjawatan besar dan dah senang, masih tak bersyukur. Eloklah, sekurang2nya kita dah tahu pendirian politik beliau...
BalasPadamSAYA DAH MELUAT KAT KAMILIA NI SEMENJAK KES DIA CUBA SABOTAJ SHAHRIZAT SEMASA KES NFC. MANUSIA HIPOKRIT MACAM NI ELOK BERAMBUS DARI PARTI. MEMANG AKHIRNYA DIA TAK AKAN MAMPU MENAHAN DARI MELONDEHKAN SIFAT HIPOKRIT DAN PERANGAI TIKAM KAWANNYA. DIA MALU AKHIRNYA APABILA DIA CUBA MEMALUKAN DSN SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA YANG BERPERANGAI AMAT BURUK.
BalasPadamWalau dari parti apa sekali pun, jika dah berpaling tadah perlu disingkirkan. Manusia sebegini tak diperlukan dalam bermasyarakat, berpesatuan, berpertubuhan hatta apa-apa sekali pun.
BalasPadamLebih baiklah dia dipecat oleh UMNO. Dia bukan berjuang ikhlas untuk parti/rakyat tapi lebih kepada mendapatkan jawatan glamour untuk dirinya sendiri.
BalasPadamLepas ini perburok umno. Biasa la. Geng jubbori...
PadamUmno sendiri jual bangsa melayu..jual tanah melayu..
BalasPadamPastu jerit2 bela bangsa melayu..
Xpayah le nak meracun lagi @ bodohkan bangsa melayu sndri..
Hidup..mati..rezeki semua dtg dr Allah..
kamilia ego..pentingkan diri sendiri
BalasPadampiiiiiiiiiiiiiiirahhhhhh...
siang2 dah nampak belang..
ANON 3:46PG
BalasPadamKAMU MELAYU BANGSAT TAK SEDAR DIRI .. MELAYU HAPRAK !!!!!
BalasPadamANON 3:46PG
Aljuburi bela melayu ke?
DAP bela melayu ke?