Itu pendedahan terkini yang telah dibuat melalui satu laman portal mengenai calon DAP bagi Parlimen Bentong dan dilaporkan dalam akhbar The Star semalam.
Tanpa kita sedari, individu yang sering mendabikkan dada sebagai 'Pejuang Alam Sekitar' ini mempunyai Kerakyatan Kekal atau PR di Negara Kanada.
Yang lebih mengejutkan kita, Wong Tak tidak pula menafikan perkara tersebut malah dia mengakuinya secara terang - terangan sebagai jawapan balas kepada pihak media.
Kata dia, kerakyatan tersebut dimiliki sewaktu dia terlibat dengan sebuah syarikat konsultan dan berkerja disana sejak sebelum 1996.
Walaubagaimana pun, pendedahan tersebut kini menjadi persoalan dikalangan rakyat mengenai kesetiaannya kepada Negara sehingga sanggup memohon kerakyatan asing.
Satu lagi pendedahan yang dibuat oleh portal tersebut ialah mengenai isu melarikan diri dari Negeri Pahang sebelum ini. Apa yang menyebabkan perkara tersebut berlaku?
Jawapan Wong Tak, tindakan dia meninggalkan Pahang dan melarikan diri ke Sabah adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi ketika itu.
Nah! Sekarang rakyat ingin bertanya, masalah kewangan apakah yang dihadapi oleh Wong Tak sehingga memaksa dia melarikan diri dari Negeri kelahirannya sendiri?
Bagaimana mungkin kita dapat mengangkat orang seperti ini untuk menjadi wakil rakyat kita kelak jika kewangannya sendiri pun tak mampu nak diuruskan?
Bayangkan sekiranya orang seperti Wong Tak ini diberikan laluan untuk menjadi pemimpin. Apa pula akan jadi kepada kewangan rakyat dan Negara kelak?
Sedangkan dia sendiri tidak mampu menjamin kewangan dia sendiri, bagaimana pula dia mampu menyakinkan rakyat untuk menjaga kewangan mereka?
Sekiranya sebelum ini ketika menghadapi masalah, Wong Tak boleh ambil tindakan melarikan diri, tidak mustahil dia akan buat perkara yang sama.
Seandainya dia menghadapi masalah lagi dimasa akan datang, kemungkinan besar dia akan melarikan diri ke Negara lain. Rakyat pula bagaimana?
Tindakan Wong Tak melarikan diri tatkala dia menghadapi masalah itu membuktikan bahawa dia bukan seorang yang bertanggungjawab. Jadi, lebih baik dia lupakan saja nak jadi wakil rakyat. Rakyat pun tak nak wakil rakyat yang BACUL macam dia!!!
BalasPadamJawapan Wong Tak, tindakan dia meninggalkan Pahang dan melarikan diri ke Sabah adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi ketika itu.DIA NI BYK HUTANG DGN ALONG.ORANG MACAM NI KE YG DAP PILEH???DAH HILANG AKAL....HAHAHAHAHA