Secara rasminya pada tanggal 14 Mei 2013, Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan penuh dari Presiden PKR, telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Ianya sekali gus melengkapkan senarai tiga buah negeri dikuasai PR selesai upacara angkat sumpah untuk jawatan MB dan KM.
Selain mengekalkan penguasaan di Selangor, PR juga menguasai kembali Pulau Pinang dan Kelantan serta turut meraih pencapaian lebih baik di Johor, Terengganu dan Sarawak.
Pakatan pembangkang itu turut mencatat prestasi lebih baik di peringkat Parlimen apabila menawan 89 kerusi Parlimen berbanding hanya 82 sahaja pada PRU-12 2008 yang lalu.
Untuk rekod, Kerajaan PAS Kelantan selesai mengangkat sumpah untuk jawatan MB dan EXCO pada 6 Mei diikuti oleh Pulau Pinang pada hari berikutnya.
Namun disebalik kejayaan itu, ramai rakyat Malaysia khususnya penduduk Selangor tertanya-tanya apa pula perlunya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpin PR sibuk menjelajah seluruh negara menghasut penyokong pakatan pembangkang supaya menolak keputusan PRU-13 kononnya kerana wujud unsur penipuan oleh SPR.
Antara propaganda yang dimainkan ialah wujud pengundian melibatkan warga asing, blackout semasa pengiraan undi, dakwat kekal yang mudah luntur, ketidakadilan SPR serta pelbagai lagi tohmahan yang semuanya menjurus kepada penolakan mereka terhadap keputusan PRU-13.
Menolak keputusan PRU-13 atas apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, ia sama seperti tidak mengiktiraf ketelusan dan keadilan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.
Peliknya, dalam beriya-iya mereka menuduh itu ini terhadap SPR di masa yang sama mereka meraikan pula kejayaan mereka mengekalkan penguasaan di tiga buah negeri serta berbangga dengan kejayaan meraih 89 kerusi Parlimen sambil menyebarkan pula propaganda bahawa BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.
Walhal, jika tohmahan Anwar dan pemimpin PR yang lain dijadikan sandaran, bukankah itu bermakna perlantikan Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal kedua sama seperti satu pengiktirafan terhadap penipuan dan ketidaktelusan yang dikatakan wujud dalam PRU-13.
Ini juga bermaksud Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan haram kerana ditegakkan hasil dari penipuan kerana yang mengumumkan kemenangan mereka ialah SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya di seluruh negara,bukan begitu?
Di lihat dari pelbagai sudut sekali pun, jelas tohmahan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya berhubung PRU-13 langsung tak berasas.
Sekarang Anwar tersepit bila mana propaganda yang dimainkannya tidak selaras dengan realiti semasa di mana PR turut meraih keuntungan hasil dari proses pilihan raya kendalian SPR.
Jika Anwar benar yakin wujud penipuan, ketidak adilan atau berlakunya penyelewengan dalam keputusan PRU-13, patutnya sedari awal lagi Ketua Umum PKR itu menghalang Kerajaan Negeri yang dikuasai PR dari mengangkat sumpah.
Org2 pr x kisah pun semua tu.yg penting bg mereka ialah nak tukar kerajaan.bn dah perintah terlalu lama dan x relevan lg.itu kt kawan2 aku yg jd macai totok pr.aku dgr pun terbakar
BalasPadamSalam perjuangan....SH perasan tak...anuuu...arrr tu dah gabra semacam akibat gelojoh buat akujanji sendiri sebelum pilihanraya dulu tu nk g jd cikgu pd murid2 LGBT dia kat kg yahudi dia di sanunnn...kihkihkih...tu yg duk meroyan kehulu kehilir mengherek puak2 lahanat geng Linkinsiallan tu tiap malam der...siap kutip duit pullakdah nak buat tambang kapal...macam citer katun bila dipikirr2 diorg ni...dia bengang sebab sbelum ni puak pas pis pus aje wat rete tiap kali berceramah...dia pun tiru gaklaaa...takot org ungkit rete dia berlonggok2 tak terabeh makan dah tuu..tunjuk susahlaa kononye...tuulaa anuuu...arrrr...tentang citer SH dlm entri kalini rasa hamba malas nak ulas sangat sebab diorang tak berani nak komen sgt takot kene bedal dek juak2 kita...n KPN yang baru tu tengah duk perati gak blog2 niii semua...kecut lah gak batu2 depa tuu...tapi harapan hamba...SH n juak2 sealiran teruskanlah menegakkan yang haq dan lenyapkan yang bathil dr bumi anuuugerahhh ni....Hidup Islam..Hidup Melayu..Hidup Duli Tuanku..Undi Barisan Aman Hidup (UBAH)..Wassalam
BalasPadamJawabnya senang, mereka telah menandatangani perjanjian setan dgn penaja global. Apa yg dilakukan kini adalah untuk melunaskan hutang2 , dan mereka mungkin menerima arahan untuk mendapatkan malaysia 'at all cost'
BalasPadamRakyat malaysia harus peka kepada perkara ini, sesuatu yg diakui oleh semua pihak, kepada siapapun undi diberi, aku pasti 100% rakyat malaysia telah mengundi untuk KEAMANAN!
Sebar dan sedarkan seluruh umat Malaysia jgn menjadi kuda tunggangan Anuwar yg telah tersepit dgn perjanjian setan nya itu.
YaAllah.... Besaq sungguh mulut.....lalat langau nyamuk lipas cicak semua boleh masuk
BalasPadamNgeri ngeri ngeri .......... Bayangkan kalau mati mulut begitu.....MASYAALLAH penuh tersumbat tanah... Macam firaun mulut disumbat pasir laut ketika mengejar Nabi Musa