Khamis, Mei 09, 2013


Nak kata apa lagi beb? Memang sah diorang ni mempunyai konflik dalaman yang cukup kronik dan ianya kini sudah menjadi 'Rahsia Umum'.

Macam mana diorang boleh jadi pemimpin kalau masalah dalam parti sendiri pun diorang tak mampu nak selesaikan? Itu membuktikan mereka kurang kredibiliti.

Bayangkan. Sesama diorang pun masih berebut - rebut jawatan, macam mana diorang boleh kata pihak lain yang ada masalah? Semua tu hanya sekadar nak tutup mata rakyat je. Sekadar nak alih perhatian. Hakikatnya, diorang sendiri pun Hancur!!!
SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.
“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.
Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.
Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.
Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.
Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.
Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Teringat satu episod dalam Bangkang dari Longkang..

    kah..kah..kah... dah jadi realiti!

    Hal ini juga menyerlahkan 'ketokohan' anwar dalam menyelesaikan isu yg kecil ini. Aiyooo... ni belum lagi isu nasional,baru setakat negeri je.. baru setakat jawatan aje.. tapi ada hati nak jadi PM?

    - aku anak Tanah Melayu

    BalasPadam
  2. Dah nak tertonggeng dah depa ni. Nannya sapa sapa yg memangkah PR. Kena tipu hidup hidup.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping