Khamis, Mei 09, 2013


Hebat!!! Semakin hari semakin lantang Si Azmin Ali ni menunjukkan belangnya dengan menentang keluarga Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Semalam dia kritik tindakan Si Ketua Penipu tu dalam mempertikaikan keputusan SPR melalui laman twitter miliknya sendiri. Hari ini, melalui sidang media pulak.

Bang Min kata, tujuan dia adalah untuk menyelamatkan PKR dengan menghapuskan sebarang pengaruh Nepotisme yang masih lagi menjadi kudis dalaman.

Bagi mereka yang masih tegar menyokong Si Ketua Penipu tu, pasti ada yang menganggap tindakan Bang Min ni ibarat kacang lupakan kulit.

Dia lupa yang dia juga dilantik dan diangkat dalam parti ekoran kedudukannya sebagai kroni rapat kepada Si Ketua Penipu tu sendiri. Sekarang dia nak main tikam belakang pulak?

Jelas, kepimpinan dalaman PKR memang mempunyai masalah kronik yang tak dapat disembunyikan lagi dari pandangan mata rakyat.

Apakah kesudahannya? Adakah Si Ketua Penipu tu hanya akan mendiamkan diri apabila orang kanannya sendiri menuduh dia mengamalkan Nepotisme dalam parti?

Atau adakah Si Ketua Penipu tu akan mengenakan tindakan disiplin terhadap Bang Min dan melenyapkan dia dari dalam parti atas alasan dianggap sebagai 'Duri Dalam Daging'?

Yang pasti, parti yang mempunyai masalah integriti ini memang tidak layak untuk memerintah. Tu pasal la diorang kalah dalam Pilihan Raya Umum kali ini. Jadi, tak payah la diorang nak berlagak tak tentu arah!!!
SHAH ALAM –  Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.

Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di  Selangor, beliau  akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.

“Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme,” katanya.
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. dh lama tau dhh.skadar memetik kata2 hikmah ayahnda tun mahatir...

    BalasPadam
  2. pincangla ia...hahahaaa...politik2....awal2 g da huru hara dlm parti,mcm ni nk prntah ngara..???? layak ke...????????????

    BalasPadam
  3. Azmin memang dah lama berjanji nak bungkuskan Anwar kerana KES AFIFFA, KES SAMSIDAR!! Dari tahun 1998, azmin telah merancang membina empayar dan kekuatan keewangan untuk menumbangkan Anwar. dan ini masa terbaik untuk beliau. Ingat janji kamu MIN!

    BalasPadam
  4. Bukan PKR aje yg nepotisme, DAP lagi teruk, Lim Kit Siang bawak anak Lim Guan Eng, Karpal bawak anak Gorbind , PAS pun tak kurang hebatnya bila Nik Aziz bawak anak Nik Abduh masuk jadi calun..

    Hebat Pakatan, yang di cakap lain, yang dibuat pulak lain..para pencacai dok dengar temberang korang sampai ternnganga mulut

    BalasPadam
  5. Ini semua salah UMNO ni. Yang betul semuanya PR....

    BalasPadam
  6. Bg servis samsidar baru bang non bg lepas.. Hahah

    BalasPadam
  7. Azmin Ali lebih cerdik drp Anwar Ibrahim, menungu masa dan ketika yg sesuai membongkar kegiatan mengaibkan rakyat Malaysia. Segala rahsia gelap Anwar berada dlm kerongkong Azmin. Masa akan menentukan dgn izin ALLAH SWT. Doa SAIFUL BUKHARI AZLAN semakin hampir ke titik akhir Anwar Ibrahim. Rakyat & penyokongnya sendiri akan bangkit me SADDAM HUSINkannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping