Rasanya tak perlu kita nak ulas panjang - panjang tentang tindakan Si Nurul Izzah ni sebenarnya. Dia memang terkenal sebagai seorang kaki Fitnah.
Dan memang itu je kerja yang dia tau buat. Nak harapkan dia buat kerja untuk menjaga kebajikan rakyat? Mimpi je la jawabnya. Kucing bertanduk pun belum tentu dia berubah.
Kalau setakat nak suruh dia kritik Kerajaan dan semua tindakan yang dibuat oleh pemimpin BN kepada rakyat memang tak de masalah bagi dia.
Jangan kata Kerajaan Malaysia. Malah Kerajaan luar Negara pun boleh jadi bahan untuk dia pertikaikan. Tapi nak cerita pasal dia bagi bantuan kepada rakyat?
Tak mampu kita nak cerita mengenainya sebab tak de lansung benda yang dia buat. Setakat tanam bendera kat tengah - tengah bandar, bukannya bawa faedah kepada rakyat pun.
Jadi, tak payah la kita nak pelik sangat dengan kes saman Datuk Raja Nong Chik ni terhadap Si Nurul Izzah tu. Sepatutnya dah lama dah Si Nurul Izzah tu kena.
Tapi kita akan jadi pelik apabila Si Nurul Izzah tu tiba - tiba je ambik langkah untuk memfailkan rayuan bagi menolak tuduhan yang dikenakan terhadap dirinya.
Masa tu baru kita boleh tanya, kenapa pulak dia beria - ia nak ambik tindakan tersebut? Adakah sebab dia takut yang dia tak mampu nak buktikan cerita dia sebelum ini?
Adakah dia benar - benar ada bukti mengaitkan Datuk Raja Nong Chik dalam pembelian tanah di Bukit Kiara tu atau ianya hanya cakap - cakap kosong semata - mata?
Kalau dia ada bukti yang sah untuk menyokong dakwaan tersebut, maka tak de sebab dia nak ambik tindakan memfailkan rayuan menolak pertuduhan yang dihadapi. Tak gitu?
Sebaliknya, dia perlu mengadap Keadilan itu sendiri memandangkan itulah yang diperjuangkan oleh partinya sendiri selama hari ini.
Kita tengok je nanti, wayang apa pulak yang akan dipersembahkan oleh Si Nurul Izzah ni kepada rakyat bagi menepis pertuduhan yang sedang dihadapinya.
Kalau setakat nak bagi alasan yang bukan - bukan, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Kalau dah berani buat, berani la tanggung sendiri Nurul oi!!! Jangan la buat cerita yang tak masuk akal pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.