Jumaat, Mei 10, 2013


Wah!!! Terkejut SH baca tajuk kat atas tu. Mulanya SH ingatkan Si Azmin tu nak salahkan Hadi Awang sebab buat Perhimpunan yang mengabihkan masa semalam.

Ingatkan dia marah kat Hadi Awang sebab menolak keputusan Pilihan Raya Umum yang telah berlansung sebelum ini. Tapi rupanya, dia marah pasal isu lain.

Si Azmin ni naik angin dengan Presiden PAS kerana didakwa bertanggungjawab diatas kehilangan kerusi Kota Damansara sebelum ini sehingga mengakibatkan PKR tewas.

Kata Azmin, kerusi tersebut sepatutnya dimenangi oleh PKR tetapi telah dikhianati oleh PAS sehingga menyebabkan PKR kurang kerusi dalam Negeri Selangor.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab ekoran kehilangan kerusi Kota Damansara yang ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan lambang PKR kerana beliau yang memberi watikah bagi membolehkan calon PAS bertanding di kawasan tersebut, kata Azmin Ali.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, tindakan PAS meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan mengakibatkan PKR kehilangan kerusi yang menjadi miliknya pada Pilihan Raya 2008 di kawasan berkenaan yang mana menurutnya telah diputuskan secara kolektif sebelum penamaan calon.

"Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden ... jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut.

"Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon," tegas Azmin (gambar) yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Jelas Azmin lagi, tanpa krisis yang berlaku di kerusi tersebut, PKR sudah pasti akan berjaya menambah bilangan kerusi mereka.

"Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu," tegasnya, merujuk kepada Kerusi negeri di Semenyih dan Kota Damansara.
Wah!!! Bukan main meroyan lagi Si Azmin ni rupanya ye? Ingatkan dia setakat marah pada Si Ketua Penipu tu sorang je. Rupanya, dengan orang lain pun dia nak cari gaduh?

Si Azmin ni nampak gayanya memang betul -betul dah 'masuk air dalam kepala'. Tu pasal la dia angin tak tentu pasal. Tapi mesti ada sebab ye tak.

Setakat ini, kita tahu yang Bang Min nak sangat jadi Menteri Besar Selangor. Tapi apa kan daya. Hajat Bang Min hanya akan tinggal angan - angan sebab Bang Non takkan bagi. Tu pasal la Bang Min meroyan tak sudah - sudah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tindakan Pas menurunkan calon bertanding di tiga kawasan yang turut ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah untuk menyelamatkan parti itu dan pakatan pembangkang daripada anasir 'SYAITAN'.

    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.

    Semasa berceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat di sini malam tadi, beliau menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'SYAITAN_SYAITAN' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping