Sabtu, Mei 18, 2013



Ekoran kekalahan PR di Kedah, rata rata orang orang yang menggelarkan diri mereka sebagai pemerhati politik serta ahli jemaah PAS menyalahkan pemimpin PAS Kedah dengan berbagai bagai alasan.

Paling menarik apabila ada yang menyamakan kekalahan Kedah dengan sejarah kekalahan Terengganu yang menurut mereka akan memerlukan masa yang panjang untuk bangkit kembali.

Nampak macam benar pendapat ini yang berfaktakan sejarah kekalahan Terengganu. Akan tetapi setelah diteliti ada bezanya kekalahan Kedah dengan kekalahan Terengganu yang boleh dijadikan asas untuk PAS bersama PR bangkit kembali di Kedah dalam masa terdekat.

Tetapi ianya perlukan kerjasama semua ahli jemaah tanpa mengambil kira apa jua kata pemerhati dan kritik dari luar.

Ahli jemaah harus terlebih dahulu memahami apa yang berlaku untuk mengambil pengajaran dan merancang tindakan seterusnya.

Berdasarkan jumlah kerusi yang PAS Kedah tewas, terdapat perbezaan yang jelas dengan cara kekalahan Terengganu pada 2004 dulu.

Di DUN, PR cuma tewas 7 kerusi berbanding 28 kerusi di Terengganu dulu.Ini bermakna BN melalui jalan yang lebih sukar untuk mengambil kembali Kedah berbanding Terengganu.

BN gagal meraih majoriti 2/3 di Kedah yang menunjukkan sokongan terhadap PAS masih lagi kuat di Kedah berbanding dengan situasi di Terengganu pada tahun 2004 dulu.

Sementara bagi kerusi Parlimen, PR masih menang 3 kerusi sedangkan di Terengganu dulu, PAS tewas semua kerusi Parlimen. Tetapi persamaannya pula, pola pengundi yang sama dengan pola pengundi di Terengganu.

Pertambahan jumlah pengundi berlaku seperti di Terengganu tetapi BN masih gagal menguasai Kedah sepenuhnya berbanding Terengganu di mana pertambahan jumlah pengundi menyebabkan BN merayakan kemenangan mereka pada pukul 3 petang, sebelum pusat mengundi ditutup sedangkan di Kedah, BN hanya mengesahkan kemenangan mereka hampir pukul 11 malam(kalau tak silap).

Perbezaan situasi antara kekalahan Kedah dan Terengganu menunjukkan tidaklah sukar bagi PAS bangkit kembali di Kedah.

Kalau di Terengganu, kekalahan tahun 2004 menjadi pukulan hebat bagi PAS Terengganu sehingga ada ahli yang keluar parti , ada yang berpaling tadah menyertai UMNO atau menjadi pembodek UMNO.

PAS Terengganu memerlukan masa yang panjang untuk kembali merapatkan barisan dan memerlukan barisan pemimpin dan penyokong yang sanggup bersekang mata setiap malam untuk menghidupkan gerak kerja dan dakwah.

Hasilnya setelah gagal pada PRU 12, akhirnya sinar kemenangan kembali menyinar bumi Terengganu. Saya melihat PAS Kedah tidak perlu melalui semua yang dilalui oleh PAS Terengganu. - TKO

Ps: Kesimpulannya mudah. Tak perlu la Si TKO ni nak bagi alasan - alasan yang bukan - bukan. Hakikatnya, waima kalah satu undi sekali pun, KALAH TETAP KALAH!!! Kalau itu pun dia tak faham, memang sah TKO ni BODOH!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping