Ahad, Mei 05, 2013


Dengan hari pengundian berbaki kurang dari 12 jam, bekas Peguam Bang Non sekali lagi tampil menggesa pengundi menolak Anwar kerana beliau tidak layak memimpin negara.
 
“Saya tidak akan lupa 23 Mac kerana itu hari jadi saya…Anwar nampak gelisah dengan tayangan video itu di Carcosa. Budak-budaknya sibuk mencari alasan untuk menafikan Anwar pelakunya,” kata Yuktes.
 
Beliau berkata Anwar pada mulanya mahu menuduh bahawa video itu menggunakan teknologi CGI (computer  generated image) namun kemudian setuju menggunakan alasan ‘pelaku dalam video buncit perut’ dan beliau tidak,” kata Yuktes.
 
Jadi rancangan pun diatur untuk beliau memakai sebuah vest untuk menutup perutnya itu,” kata Yuktes.
 
Mengupas kes Anwar dituduh meliwat Saifu Bukhari Azlan pada tahun 2008, Yuktes berkata pelbagai pihak di kem Anwar sendiri yakin ketua pembangkang itu akan disabitkan dengan tuduhan berkenaan.
 
“Namun yang menyelamatkan Anwar adalah kesilapan besar pegawai penyiasat polis Jude Pereira untuk tidak menyimpan bukti sampel DNA mengikut spesifikasi yang ditetapkan,” kata beliau.
 
Meskipun begitu, Yuktes berkata rakyat perlu menilai beberapa hakikat mengenai kes itu.
 
Paling utama adalah hakikat  bahawa Anwar sendiri tidak berani memberikan keterangan di kandang saksi.
 
“Ini tentunya kerana Anwar tidak mungkin menjawab persoalan kenapa beliau memberi layanan istimewa kepada Saiful, termasuk mengiringinya ke luar negara dan macam-macam lagi walaupun baru mula bekerja,” kata Yuktes.
 
Yuktes berkata beliau sendiri sangsi terhadap pengakuan tidak bersalah oleh Anwar ke atas tuduhan itu apabila pasukan peguambela Anwar menemuramah pemilik kondominium di mana kejadian itu didakwa berlaku.
 
“Orangnya,  Hasanuddin Abdul Hamid dan isteri begitu rapat dengan keluarga  Anwar. Nurul memanggil isterinya ibu,” kata beliau.
 
“ Hasanuddin sepatut cukup bersedia menjadi saksi alibi Anwar bagi  mengesahkan beliau (Anwar) tidak ada dalam unit itu seperti yang dituduh.  Tetapi beliau tidak berbuat demikian,” kata Yuktes.
 
“Hasanuddin tidak mahu menjadi saksi untuk Anwar. Dalam sesi temuramah itu beliau berulang kali memberitahu Anwar bahawa “awak tahu apa yang awak sudah lakukan,” kata Yuktes.
 
Yuktes menggesa pengundi untuk berfikir secara berhati-hati sebelum mengundi Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar. .
 
Menurut beliau, Anwar mempunyai banyak personaliti yang orang ramai tidak menyedarinya.
 
Yuktes berkata peluang berkhidmat dengan Anwar membolehkan beliau memperoleh maklumat tentang gaya kepimpinan pemimpin PKR itu.
 
“Saya sendiri melihat bagaimana beliau akan mengerang dalam kesakitan mengenai kecederaan belakangnya di mahkamah dan sebelah malam, ketika berceramah, beliau bukan main ligat lagi,” katanya


Ps: Tak perlu kita nak nafikan lagi. Si Ketua Penipu tu memang patut kita humban terus dari Malaysia ni. Jangan benarkan dia jejakkan kaki ke Putrajaya!!! Biar dia berambus terus!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping