Rabu, Mei 08, 2013



SHAH ALAM: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan PAS dan DAP tidak perlu campurtangan dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.
 
“Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP...lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke?
 
“Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya,” Zuraida memberitahu Antarapos.
 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.
 
Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR.
 
Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.
 
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.
 
Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga.
 
“Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?" kata beliau.
 
"Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih," tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Ps: Kerusi MB Selangor PKR yang punya? Siapa pulak yang bagi pada diorang? Dasar manusia lupa daratan!!! Cakap orang Gila Kuasa, dia sendiri pun takut hilang kuasa jugak!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Pengundi hantu sudah menolongi ini punya makhlok lol..... haluuuuus...

    BalasPadam
  2. Assalam Bro

    Lantik aje Zuraidah jadi MB.... bersinar gigi dia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping