Isnin, Mei 13, 2013

Ini macam, Nik Aziz pun malu beb!!!
Seperti yang telah di duga, Pas sekali lagi terpaksa akur dengan sikap parti ‘ultra kiasu’ DAPigs yang cuba bertindak dominan yang rakus dan tamak kepada kuasa. 

Ini dibuktikan melalui perlantikan jawatan Exco yang diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng yang secara jelas menyingkirkan Pas selaku rakan sekutu.

Walaupun Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man seolah pasrah dengan keputusan Guan Eng itu, namun suara akar umbi Pas mengatakan sebaliknya. 

Dalam PRU 2008, wakil rakyat Pas juga tidak disenaraikan sebagai anggota Exco. Guan Eng hanya menyambung kontrak Salleh sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam.

Menurut sumber, ramai dikalangan penyokong Pas Pulau Pinang melahirkan kekecewaan atas tindakan DAPigs itu yang dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf langsung peranan PAS.

Menurut mereka, walaupun majoriti pengundi adalah merupakan mereka yang berbangsa Tionghua, namun kerja keras yang diberikan oleh petugas PAS sedikit sebanyak telah menyumbangkan kepada kemenangan besar pakatan itu.

“Kami kecewa dan terluka dengan sikap ‘cauvinisme’ yang ditunjukkan DAPigs, seoalah-olah, Pas langsung tidak memberikan sumbangan terhadap kemenangan di Pulau Pinang ini.

Walaupun ketika masa berkempen ada di kalangan petugas yang enggan memberikan kerjasama, namun atas semangat menghormati perpaduan dalam Pakatan. 

Kami akhirnya terpaksa ‘akur’ dengan pimpinan atasan”, kata salah seorang pemimpin PAS Pulau Pinang yang meminta agar identitinya dirahsiakan itu.

Ini membuktikan DAPigs sememangnya tidak menerima dasar perjuangan Islam Pas termasuk Hudud memandangkan Guan Eng lebih senang memberikan portfolio Hal Ehwal Agama Islam kepada wakil dari PKR.

Pada pilihnaraya ke-13 yang lalu, PAS Pulau Pinang telah mencalonkan 6 orang untuk bertanding atas tiket itu di kerusi DUN, namun hanya mampu menang 1 kerusi sahaja di Permatang Pasir.

Menurut sumber tersebut, sekiranya faktor kerusi diambil kira mengapa calon untuk kerusi Menteri Besar Selangor tidak diberikan kepada Pas? Namun atas semangat ‘jemaah’, kami terpaksa akur dengan memberikan laluan kepada PKR.

Walaupun perkara ini telah dibangkitkan berulang kali oleh kepimpinan Pas negeri, namun Guan Eng nyata enggan menerima pandangan tersebut. Ia sekaligus membuktikan pasti itu tidak pernah jujur dan ikhlas ‘berkawan’ dengan Pas.

“Adakalanya kami merasakan seperti melepaskan ‘anjing’ yang tersepit, setelah dibebaskan kami sekali lagi digigit.

“Apa yang kami harapkan, semoga pimpinan Pas pusat melihat isu ini dari sudut yang lebih besar bagi mengelakkan Pas terus dipergunakan oleh mereka yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri” tegasnya dengan nada marah.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. padan muka ko pas... pas hanya batu loncatan untuk dap mendapat lebih kerusi....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping