Rabu, Mei 15, 2013


Kita ingatkan PAS ni parti yang tak de masalah dalaman ye tak. Rupanya kemelut yang timbul dalam PAS ni lagi teruk kalau nak dibandingkan dengan parti lain.

Memang tak heran la kalau Tok Jan selaku Mantan Menteri Besar Kedah rasa lega PAS tewas di Kedah. Kalau tidak, lagi teruk penyakit Gila Kuasa jadinya.

Maka, boleh la kita buat kesimpulan bahawa PAS bukan lah sebuah parti yang benar - benar nak memperjuangkan Islam. Sebaliknya, perjuangan mereka ada yang untuk kepentingan diri sendiri. Tapi yang kesiannya pencacai diorang jugak la. Habis semua kena KENCING!!!
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Kekalahan PAS di negeri Kedah adalah sesuatu yang melegakan buat bekas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak, kata setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekiranya kemenangan 2008 berjaya dipertahankan menurut Muhammad Sanusi, situasi kecoh berebut jawatan dikalangan pemimpin parti Islam itu pasti berlaku memandangkan kedegilan dan sikap keras kepala.

“Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besar daripada awal 2013 hari itu,” kata Azizan kepada Muhammad Sanusi yang dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini.

Dalam artikel yang ditulis oleh Muhammad Sanusi itu, beliau mengesahkan beberapa masalah dalaman yang berlaku dalam PAS di negeri tersebut, antaranya cadangan dan arahan Azizan sudah tidak lagi diendahkan.

“Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa-apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah.

“Hampa pi lah ke Pejabat Agung, aku sudah tak boleh buat apa-apa,” tulis Muhammad Sanusi mengenai apa yang dikatakan kepadanya oleh Azizan.

Disamping itu, Azizan juga meluahkan rasa tidak puas hatinya ke atas segelintir pemimpin PAS di Kedah yang tidak lagi merujuk kepadanya selaku Pesuruhjaya Negeri tetapi sebaliknya mengadu kepada Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur.

“Tak ada siapa mai habag dosa apa yang aku buat, main hentam jauh-jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat Pejabat Agung. Kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah,” kata Azizan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke 13.

Sebaik berakhir pilihan raya, Azizan (gambar) terus dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang dan ketika ini masih lagi menerima rawatan selepas kedua-dua belah kakinya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan merebak ke seluruh badan.
Categories: , , ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping