Isnin, Mei 27, 2013


Memang itulah hakikatnya. Orang dah cakap banyak kali dah. Pemimpin PKR ni semuanya pandai bercakap je. Tapi, buat diorang tak reti.

Jadi, jangan risau la. Walaupun ditenyeh oleh Pemuda PAS, Si Sam Ketot ni takkan melarikan diri lepas dia dah baling batu. Sebaliknya, dia hanya akan terkencing dalam seluar je bila kena gertak dengan orang!!!
SHAH ALAM: Pemuda PAS berang dengan kenyataan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang secara lantang membidas presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas tindakan mengeluarkan watikah bertanding kepada calon parti itu yang terbabit isu pertindihan kerusi dengan calon PKR pada pilihan raya lalu.
"Jangan berlagak hero depan perwakilan PKR dengan mencela presiden kami!" kata Bendahari Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin dalam satu kenyataan.
Shamsul pada ucapannya di Kongres PKR Sabtu lalu, 'menegur' Abdul Hadi yang kononnya telah mencerca calon parti sekutu PAS ketika pilihan raya itu.
Khairil Nizam berkata, Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil tidak seharusnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau sendiri tidak faham makna tahaluf siyasi.
"Jangan jadikan tahaluf siyasi dan peluang menghentam Tuan Guru Abdul Hadi sebagai modal untuk berlagak hero di depan perwakilan AMK. Jangan cela Tuan Guru Presiden kami seolah-olah beliau (Abdul Hadi) bercakap mengikut nafsu ketika mengkritik," katanya.
Menurut beliau, Shamsul bercakap seolah-olah tahaluf siyasi itu datangnya daripada PKR dan beliau pula mahu mengajar PAS mengenainya sehingga boleh menegur Hadi.
"Jika Shamsul benar-benar 'faqih' (faham) mengenai tahaluf siyasi hingga berasa dirinya layak untuk menegur pemimpin PAS, saya persilakan beliau untuk bawa apa saja kajian oleh PKR dari segi usul dan kaedah fikah atau apa-apa justifikasi yang boleh membuktikan bahawa PAS sudah melanggar prinsip tahaluf siyasi. Saya teringin sangat nak tengok," katanya.
Bagi Khairil Nizam, Shamsul tidak wajar mengajar PAS apa lagi menegur presidennya kerana beliau sendiri pun tidak faham makna tahaluf siyasi dan syarat-syaratnya.
"Saya jemput Shamsul untuk duduk bersama pada bila-bila masa dan di mana-mana saja untuk kita kaji apa dia tahaluf siyasi dan nilai semula permasalahan yang timbul sepanjang PRU13 dalam konteks tahaluf siyasi," katanya.
Menurutnya, jika melakukan kesilapan, beliau sendiri sedia untuk berdepan dengan media dan mengakui kesilapan itu.
"Soalnya, apakah beliau (Shamsul Iskandar) juga sanggup berbuat demikian? Atau pun dia cuma baling batu, lepas itu terus lari?" katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Tunggang tunggang...sape tunggang sape..bye bye bye saya dah menang....nanti kita jumpa lagi pakat lagi....

    KELUARGA 69

    BalasPadam
  2. Seperti kaduk naik junjung.Sedor le diri sikit.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping