Ahad, Mei 05, 2013



Calon BN, Tengku Adnan tiba di lokasi pembuangan undi tepat jam 9.08 pagi bersama isteri. Beliau menjalankan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya di saluran 1.

Dalam pada masa yang sama, beliau mengucapkan syabas kepada pengundi-pengundi kerana berjaya keluar awal pagi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

"Saya ucapkan syabas kepada pengundi-pengundi di seluruh negara yang kita minta penyokong-penyokong Barisan Nasional untuk keluar pagi-pagi lagi kerana kita takut apa yang dilakukan oleh puak-puak yang desperate, jadi kita minta semua pengundi kita keluar lebih awal.

"Saya takut akan timbul perkara-perkara yang tidak disenangi," katanya.

Menyentuh berkenaan rancangan pembangkang yang akan berkumpul di Putrajaya dengan tujuan yang tidak elok, Tengku Adnan bertegas bahawa langlah keselamatan telah dan akan diambil bagi mengelakkan kekacauan.

"Kita dah laporkan pada polis. Mereka datang buat konvoi beramai-ramai, saya harap mereka rasional sikitlah.

"Kerana kita ada pilihan raya, setiap empat tahun sekali rakyat akan pilih kerana itu memang hak rakyat.

"Jadi janganlah menuduh pihak-pihak berkuasa seperti SPR dan orang lain bahawa kita tak melaksanakan tanggungjawab dengan baik,"

"Kalau kita tipu sudah pasti mereka tidak akan menang enam negeri termasuk wilayah persekutuan pada tahun 2008 yang lalu," katanya.

Pusat mengundi kawasan Metropolitan di Sek Keb Presint (9) masih dipenuhi rakyat yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka di hari mengundi.
Pengundi di lihat tidak putus-putus masuk ke perkarangan sekolah untuk menjalani proses mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Di pusat mengundi ini, saluran mengundi terpecah kepada 11 saluran yang membolehkan 7063 orang pengundi berdaftar di bawah SPR membuang undi.

Pecahan pengundi di kawasan ini mengikut golongan; lima peratus bagi golongan OKU dan selebihnya adalah pengundi biasa.

Peratusan mengikut kaum pula, lima peratus mewakili kaum India, lima peratus kaum Cina dan 90 peratus kaum Melayu.
Categories: , , ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping