Itu satu persoalan yang kini menjadi tanda tanya dikalangan masyarakat yang berada di Temerloh sendiri. Diorang pun terpinga - pinga jadinya.
Ada yang bertanya pada SH, tak pelik ke dengan Ahli Parlimen Temerloh ni? Mereka mendapati jawapan Si Ahli Parlimen Temerloh tu seolah - olah menghina rakyat.
Dari jawapan balas yang diberikan oleh Si Ahli Parlimen Temerloh tu kelihatan seperti dia nak menuduh rakyat di Temerloh yang berpiket sebelum ini menipu.
Menurut kata Ahli Parlimen Temerloh yang didakwa BERAT SEBELAH dalam pemberian bantuan tu sebelum ini, dia bantu semua orang. Bukan hanya orang PAS.
Nah! Dia kata orang pertama yang jumpa dia ialah penyokong MIC. Rumah pertama yang dia ziarah ialah rumah orang UMNO. Soalnya, itu ke yang dijadikan pertikaian?
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, seorang lelaki India yang tampil membuat dakwaan terhadap Si Ahli Parlimen Temerloh tu. Dia kata:
"...sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.
Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.
Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.
Hah! Sekarang macam mana? Ahli Parlimen Temerloh tu nak kata lelaki India ni menipu ke? Adakah Si Ahli Parlimen nak kata yang orang Temerloh kuat menipu?
Yang herannya, kenapa kenyataan Si Ahli Parlimen Temerloh tu hanya keluar dalam Haprak Daily je dan tidak dalam laman media lain? Bukannya dia tak boleh pakai media lain.
Sinar Harian ada untuk buat laporan. Tapi kena dia tak nak pakai akhbar tersebut? Macam ada sesuatu yang dia nak sembunyi pulak. Itu yang menjadi persoalannya.
Nampak sangat la yang Si Ahli Parlimen Temerloh ni buat kerja tak ikhlas. Dia bagi penjelasan pun tak ikhlas jugak. Setakat nak melepaskan batuk ditangga. Orang macam ni pun boleh jadi Ahli Parlimen? Kalau jadi lebih dari itu, hancur la Negara jawabnya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.