Selasa, Jun 11, 2013


Ai! Lain macam je kenyataan yang keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama PAS ni. Bunyinya macam perli kat orang lain pulak. Dia perli Si Mat Syabun tu ke?

Sebelum ini, semua orang tau yang Harun Taib menolak Himpunan yang diadakan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Dia menggesa ahli PAS agar redha dengan Ketentuan.

Jadi, kali ini, bila ditanya mengenai 'Wahyu' yang dikeluarkan oleh Mat Syabun sebelum ini, Si Harun Taib ni macam perli Si Mat Syabun tu pulak.

Dia kata berhimpun ni benda dah biasa bagi puak - puak PAS ni. Memang 'Sokmo' diorang buat. Hari - hari pun diorang suka berhimpun.

Bermakna, memang hari - hari la puak - puak Parti Angguk Saja tu suka buat kerja yang tak berfaedah ni ye tak. Berhimpun pun bukannya mendatangkan sebarang manfaat.

Adalah lebih baik bagi mereka melaksanakan janji yang diorang buat kepada rakyat sebelum ini. Bukan ke diorang yang janji nak menjaga Kebajikan Rakyat?

Jadi, bila gamaknya puak - puak Parti Angguk Saja tu nak memenuhi janji yang diorang buat? Atau, adakah itu semua hanya janji dihujung bibir diorang macam janji nak tegakkan Negara Islam dan laksanakan Hudud juga!!!
KUALA TERENGGANU 9 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini. 
Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan. 
"Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. 
Harun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu selepas mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini. 
Menurut Mat Sabu, jawatankuasa itu sebulat suara bersetuju supaya parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. 
"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya seperti yang dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini. 
Kenyataan itu sekali gus bertentangan dengan pendirian yang disuarakan Harun sebelum ini bahawa Pas tidak menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. 
Mengulas mengenai perbezaan pendirian itu, Harun sekadar menegaskan, menyertai perhimpunan bagi penyokong dan pemimpin Pas adalah perkara biasa. 
"Kita memang 'sokmo' (selalu) pergi himpunan. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Biasalah," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Mat Sabu ckp dia kalah di Pendang sebab orang Siam di pendang tak sokong dia....sepatot nya Mat Sabu bertanding di Siam lah !

    BalasPadam
  2. Hahaha...marah sape tu....dah terjebak dgn mainan sendiri..terjebak dgn pakatan sendiri.. Makan diri bebbb...jadi pak turut la..ikut buntut dap nuor...

    Sape yaaa yg dikata dpt upah dr dap..betul ke??????hehehehe...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping