Khamis, Jun 13, 2013


Nak jugak Si Mak Lampir tu bogelkan Si Ciputdin tu ye. Kemaruk sangat dia gamaknya ye. Ada selera jugak dia nak membogelkan Si Ciputdin Muka Bulan tu.

Ye la. Siapa yang tak nak bogelkan rakan sendiri ye tak. Dah rakan sendiri tu pun muka tak malu, mana la Si Mak Lampir tu tak menyirap dengan dia.

Tapi kita heran jugak. Macam mana Si Mak Lampir tu kata dia tak tau mengenai isu perlantikan Si Ciputdin tu sebagai Hantu di Pejabat Khalid Gagap?

Bukan ke isu tu disebut oleh Si Ketua Penipu tu dalam Kongres PKR sebelum ini dihadapan semua perwakilan? Takkan la Si Mak Lampir tu tak dengar kot.

Ke Si Mak Lampir tu pun bertindak keluar dari dewan masa Si Ketua Penipu tu tengah berucap? Mana la tau. Kot menyampah sangat dengan Si Ketua Penipu tu ye tak.

Nampak gayanya kemelut cerita pasal Hantu di Pejabat MB Selangor ni memang tak berkesudahan. Malah semakin panjang pulak dah jadinya.

Konon kata Si Ketua Penipu tu, jawatan tersebut dicipta untuk menyelesaikan masalah hubungan diantara puak - puak Pakatan di Selangor. Kalau dah begini gayanya, bukannya bertambah baik. Bertambah hancur ada la!!!
SHAH ALAM – Kepimpinan PKR Selangor  masih belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai seranta politik  (political liason) negeri Selangor.

Perkara tersebut didedahkan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamarudin yang menegaskan beliau serta pemimpin lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak dimaklumkan berhubung pelantikan tersebut.

“Kepimpinan daripada pihak negeri (setakat ini) kami tidak menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara ini, serta skop kerja yang akan dilakukan oleh beliau.

“YB Azmin kembali hari ini (semalam). Kita akan duduk berbincang apakah ia (pelantikan dan jawatan) tersebut sebenarnya,” katanya dalam sidang media semalam.

Pelantikan Saifuddin  mewakili PKR sebagai political liason yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya semasa Kongres Nasional ke-9 PKR.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Macam best aje keje Big Boss PKR tu ye, dah la jawatan dia sendiri pun dia yang reka sendiri, bukannya ada dalam perlembagaan parti. Bila dia rasa nak cipta satu jawatan, dia cipta aje... tak payah bawak ke mesyuarat tertinggi parti pun, sebab tu Timbalan Presiden dan Ketua Wanitanya tak tahu.

    Ntah-ntah... Presiden Parti pun tak tahu. Naib2 Presiden takde lak bagi komen ya.

    Depa ni tak pandai communicate guna IT ke gamaknya? Abis cabuk pun, boleh guna snail mail macam zaman dulu... kan..?

    BalasPadam
  2. Salam 1Malaysia,
    Walaupun macam tu punya 'sapu', masih ramai yg sokong puak tu untuk jadi pemimpin negeri.
    Nasib baik mereka tak dapat pimpin negara.
    Kalau dapat mungkin akan ada jawatan 'gundek' jantan/betina untuk pemimpin utama mereka.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping