Rabu, Jun 12, 2013


Siapa yang tak kenal dengan Si Tipah Koyak and The Geng ni ye tak. Diorang ni ibarat jerung yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain.

Jenis diorang ni pulak tak suka memilih. Apa yang boleh dibaham, diorang baham semacam je. Tak kira la siapa pun yang terlibat. Janji dapat duit.

Kita pun tahu yang Si Tipah Koyak and The Geng ni merupakan peguam - peguam upahan PKR. Apa saja kes yang ada kaitan dengan PKR, diorang jugak yang handle.

Jadi, bila timbul kes Si Tian Chuak dalam isu Lahad Datu, diorang mula la ketar lutut. Walaupun sebelum ini Si Tian Chuak tu dengan sombong kata dia ada bukti.

Kalau ada bukti, menda kejadahnya diorang nak tolak saman yang telah difailkan oleh UMNO sebelum ini? Itu menunjukkan yang dia dah ketar lutut.

Maka, disebabkan itu jugak la diorang gunakan hujah longgar dengan menyatakan bahawa UMNO tidak ada hak 'Locus Standi' nak saman Tian Chuak.

Nampak sangat la yangdiorang ni memang dah goyang kepala lutut. Diorang ni setakat pandai cakap je. Buat tuduhan dan dakwaan memang nombor satu. Bila kena saman, tau pulak diorang nak tolak kes!!! Dasar Pengecut tu Pengecut la jugak!!!
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 3 Julai sama ada membenarkan permohonan Umno untuk membatalkan pernyataan pembelaan naib presiden PKR Chua Tian Chang dan dua yang lain dalam saman berhubung artikel berkaitan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah.
   
Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan berhubung permohonan itu oleh peguam yang mewakili Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun dan William Leong yang mewakili para defendan.
   
Mohd Hafarizam memberitahu pemberita, pada tarikh yang sama mahkamah juga akan menyampaikan keputusan penting iaitu sama ada Umno sebagai sebuah parti politik mempunyai hak atau locus standi untuk memfailkan saman fitnah terhadap para defendan.
  
Katanya beliau berhujah kepada mahkamah bahawa Umno boleh menyaman para defendan kerana parti itu telah mematuhi Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966 untuk memulakan tindakan undang-undang menggunakan pegawai awam parti itu.
   
Mohd Hafarizam berkata para defendan berhujah bahawa Umno tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memfailkan saman terhadap mereka.

Pada 15 Mac lepas, Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap Chua Tian Chang atau Tian Chua, editor KeadilanDaily.com Fazallah Pit dan penulis artikel Aisha Geoffrey.
   
Dalam pernyataan tuntutan itu, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" ("Lahad Datu Shooting A Planned Conspiracy By Umno Government") yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Yg mana hakim dan peguam Islam tu sedo sedo la...rasa rasa la Allah tu ada..tak kan pakaian dah islamik tak ingat nak mati...org pas sekutu hang selalu sebut pakaian islamik pasti masuk syurga tak masuk neraka..
    Ya ke Allah tengok baju je ke???? Ajaran parti angguk saja

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping