Jumaat, Jun 21, 2013


Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh PAS kepada ahli - ahli mereka di Kota Damansara serta seluruh Malaysia sebenarnya. Kenapa ahli PAS dikawasan itu jadi mangsa?

Kenapa dikawasan - kawasan lain, isu sedemikian tidak lansung dibangkitkan sama ada oleh PKR atau pun oleh DAPigs sendiri sedangkan isu yang sama berlaku?

Kenapa di Sungai Acheh, isu pertindihan kerusi ini tidak pulak dijadikan satu isu besar sehingga menyebabkan pemimpin PAS mengecam tindakan ahli?

Jawapannya mudah. Semuanya sebab pemimpin PAS ni bukan benar - benar ikhlas nak memperjuangkan agenda parti. Sebaliknya diorang ni lebih Gila nak memperjuangkan agenda sendiri. Itu pasal la diorang sanggup persalahkan ahli sendiri!!!
Sehingga ke hari ini isu pertindihan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Selangor masih diperkatakan, walaupun isu yang sama juga berlaku di DUN lain.

Apakah disebabkan faktor Dr Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM (Parti Sosialis Malaysia) yang bertanding di DUN itu ataupun disebabkan faktor-faktor lain?

Jika faktornya adalah Presiden PSM yang tewas, namun dua orang lagi aktivis PSM juga tewas di DUN Semenyih dan DUN Jelapang, Perak.

Di DUN Kota Damansara, Dr Mohd Nasir tewas kepada calon BN, Halimaton Saadiah Bohan dengan majoriti 1,527 undi apabila Dr Nasir juga turut ditentang oleh calon Pas, Ridzuan Ismail. yang mendapat 7,312 undi.

Menurut sumber dalaman, bukan kerana Ridzuan ‘gila’ untuk bertanding, namun terdapat sebab-sebab yang ‘sangat mendesak’ hinggakan Pas Kota Damansara terpaksa mencalonkan tokohnya sendiri.

Sebahagian sebab telah didedahkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun difahamkan ada sebab sebenar yang tidak dijelaskan oleh Presiden Pas itu.

Jika di DUN Kota Damansara berpunca dari calon Pas, DUN Semenyih pula berpunca dari calon PKR. Namun, sehingga ke hari ini, 

PKR tidak pernah membangkitkan persoalan itu berbanding dengan kecaman terhadap Presiden Pas dalam kes Kota Damansara pada Kongres PKR baru-baru ini.

S. Arulchelvan, Setiausaha Agung PSM yang bertanding di DUN Semenyih berkata ianya berpunca daripada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, janji dan perbuatan Anwar tidak boleh dipercayai.

“Pada 13 April, semasa pertemuan kepimpinan PSM dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau ulangi pendirian ini dan berjanji tidak akan umum dua kerusi iaitu Kota Damansara dan Semenyih ketika majlis pengumuman calon PKR Selangor pada 14 April lalu, kononnya bagi membolehkan perbincangan PSM berhubung penggunaan logo PKR.

“Bagaimanapun, pada 14 April, malangnya Datuk Seri Anwar telah umum Hamidi Hassan iaitu pembantu peribadi kepada Azmin Ali sebagai calon PKR di Dun Semenyih tetapi menangguh pengumuman untuk DUN Kota Damansara yang disandang Dr Nasir Hashim,” kata S. Arulchelvan dilaporkan Sinar Harian. - AIDC
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping