Ahad, Jun 02, 2013


Terdetik jugak dalam hati SH. Apa pulak yang orang PAS akan cakap lepas ni? Adakah diorang akan memuji Tan Sri Azizan atau terus mencemuhnya?

Kita semua tau yang sebelum ini Tok Jan sering kali dikecam oleh pemimpin - pemimpin PAS sendiri kerana didakwa rapat dengan Kerajaan Pusat.

Malah sepanjang kepimpinan PAS di Kedah, Tok Jan sering dijadikan mangsa serangan oleh mereka yang mempunyai sikap dengki terhadapnya.

Yang pasti, rakyat menghargai jasa mereka yang benar - benar memberi khidmat kepada rakyat. Jadi, tak heran la kalau Tok Jan dapat pingat PSM ni.
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.


Bagaimanapun, Azizan belum dimaklumkan berhubung pengurniaan darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, semalam.
Soalnya, adakah ianya menjadi kesalahan bagi mana - mana pemimpin PAS yang sedia memberikan kerjasama kepada Kerajaan Pusat demi kesejahteraan rakyat?

Rasanya tak salah. Tapi mungkin sudah menjadi Polisi PAS sejak turun temurun kot. Pantang diorang baik dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Tinggal lagi, itu depan rakyat la kan. Yang sebenarnya, dibelakang rakyat lain beb. Dibelakang rakyat, diorang 'kamcheng' macam biasa. Bantuan mintak jugak.

Dan tak pernah sekali pun diorang ni tak dibantu oleh Kerajaan Barisan Nasional. Mintak apa saja semua dapat. Tapi semua tu masih belum mencukupi.

Yang diorang lebih pentingkan ialah KUASA. Itu yang diorang nak. Sebab itu bila ajak bersatu dan mewujudkan Kerajaan Perpaduan, diorang tolak.

Ketahuilah. Tanpa Kerajaan Perpaduan pun, bersepah - sepah pemimpin PAS yang mencacai mintak bantuan dengan pemimpin UMNO. Dan semuanya tak pernah ditolak.

Mintak bantuan kewangan dapat. Malah ada yang sampai tahap dapat lebih dari itu!!! Pun masih diorang tak bersyukur jugak? Pun masih nak semai kebencian dikalangan rakyat terhadap Barisan Nasional? Dasar orang lupa diri ni memang payah!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping