Rasanya, nama Hafiz Hamidun bukanlah asing lagi dari dunia seni tanah air terutamanya dalam industri nasyid. Rata-rata peminat mengetahui bahawa penyanyi ini masih belum mendirikan rumah tangga.
Namun menurut Hafiz, beliau benar-benar kecewa apabila hasrat untuk menamatkan zaman solonya terpaksa ditangguhkan lagi memandangkan kekasihnya yang berasal dari Indonesia telah berkahwin pada April lalu.
Jelasnya, beliau dan keluarga sudah merancang untuk bertemu keluarga wanita tersebut yang menetap di negara Arab pada bulan Mac lalu memandangkan ketika itu beliau dan keluarganya akan menunaikan ibadah umrah di sana.
Walaubagaimanapun, sebelum bertolak ke sana, dia telah dimaklumkan oleh buah hatinya itu bahawa dirinya sudah dipinang orang.
“Bapa dia memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa yang sama menetap di Mekah. Meskipun kecewa namun saya perlu akur bahawa dia bukan jodoh saya,” katanya.
Dalam pada itu, hafiz turut memberitahu bahawa beliau sudah melamar seorang gadis yang dikenali ketika menghadiri majlis perkahwinan kawannya.
“Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu.
“Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan,” ujarnya.
Ps: Itu sebab Islam menganjurkan supaya kahwin kerana Allah. Jangan ikutkan nafsu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.