Selasa, Julai 23, 2013


Nampak sangat la Si Zaid Al Araki ni memang saja je nak perli Si Ketua Penipu tu. Sebab tu la dia keluarkan ayat tersebut dihadapan media.

Dia bukannya tak kenal dengan Si Ketua Penipu tu. Malah dia lebih kenal. Dan memang itu sudah menjadi kebiasaan Si Ketua Penipu tu pun. Dia memang 'Pelik, Aneh dan Menyedihkan'!!!
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengalu-alukan langkah pejabat peguam negara melantik Peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II.


Zaid yang suatu masa lalu pernah menjadi pemilik firma guaman terbesar di negara ini menolak bantahan Anwar terhadap pelantikan itu dan menyifatkannya sebagai "remeh", "aneh" dan "menyedihkan".

"Pejabat peguam negara jarang melaksanakan peyumberan luar (outsource). Tetapi ini permulaan yang baik. Di negara lain, menjadi perkara normal untuk pihak pendakwaan mengajikan peguam terbaik untuk menguruskan perkara tertentu.

"Saya berpendapat pejabat peguam negara terlaku ramai... Terlalu ramai orang lakukan pelbagai perkara, tidak mudah untuk mencari peguam terbaik untuk bertugas untuk kamu.

"Saya tidak mempertahankan Shafee (gambar atas), saya hanya ketengahkan fakta," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pagi tadi menangguhkan prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penal tiga hakim Ramly Ali, Tengku Maimun Tuan Mat dan Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu kerana peguam utama Anwar, Karpal Singh, tidak sihat dan dimasukkan ke hospital.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping