Selasa, Julai 23, 2013


Wah!!! Kira hebat betul la Si Ostazah Pening ni ek. Dia boleh pulak ketepikan hal ehwal keluarga dan mendahulukan diri dia.

Sempat pulak tu dia pergi jumpa dengan Nik Aziz untuk dapat 'Restu'. Restu dari ibu bapa dia sendiri macam mana pulak? Dia abaikan begitu saja ke?

Jangan heran beb. Benda tu bukannya satu benda yang baru bagi Si Ostazah Pening ni. Dulu pun dia pernah jugak buat benda yang sama.

Mak dia sakit duduk dalam hospital. Dia pulak sibuk nak 'bertempur' dengan FRU. Mencari Jihad kata dia. Walhal jaga ibu yang sakit tu lebih besar pahalanya dari nak pergi ke perhimpunan yang entah apa - apa tu!!!
ABBY pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pernikahannya dengan Farhan mendapat restu keluarga masing-masing. Justeru timbul persoalan, mengapa pernikahan mereka perlu berlangsung di Thailand?

Menurut salah seorang Forumer Cari, ibu bapa Abby masih ada di Lembah Keramat namun mereka sah tidak menghadiri hari bersejarah anak mereka pada 9 Julai lalu. 
Hal ini kerana ketika tarikh berkenaan, mereka sibuk dengan urusan pengebumian abang Abby yang meninggal dunia 8 Julai lalu. Apatah lagi, arwah sudah menunjukkan tanda-tanda nazak sebelum tarikh itu lagi.

Sementara di pihak keluarga Farhan pula, sudah nyata pernikahan pasangan ini tiada masalah juga kerana 19 Julai lalu, Abby sempat berkongsi gambar dia pulang ke kampung halaman suaminya dan berbuka puasa bersama keluarga di sana.

Oleh itu jawapan paling tepat mungkin kerana seperti kenyataan Abby kepada Harian Metropada hari ini, dia mahu ‘memudahkan yang payah.

Apa pun, Abby sememangnya seorang yang tidak suka berahsia. Sudah pasti dia akan memperjelaskan hal ini tidak lama lagi. 
Biar bagaimana dia menyembunyikan sesuatu, akhirnya dia pasti akan berkongsi juga kebanyakan perkara.

Sebagai contoh selepas mengakui sudah bernikah dengan Farhan, dia mula mendedahkan gambar-gambar mereka bersama. 
Daripada gambar menghadiri ceramah PAS sampailah mengunjungi Tok Guru Nik Aziz untuk mohon restu, semuanya dimuat naik di laman Instagram.

Turut dikongsikan, SMS Farhan kepadanya beberapa jam sebelum mereka diijabkabul, selain gambar-gambar anak-anaknya bersama ‘abi’ baru mereka.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping